Monday, January 4, 2010

tahun baru blog baru


maka dengan ini saya merasmikan pembukaan blog baru kami....

Azam tahun baru.. lagi!

malam sebelum first day kerja di tahun 2010.. masa beborak sesi pillow talk pukul 2 pagi,
saya memberitahu encik Imran lagi satu azam tahun 2010 saya: tak_mahu_datang_lambat_pergi_kerja_dah..

Dia cakap: Okay la tu... sebelum ni asyik lambat.. lambat.. lambat... nanti rekod buruk.

Ya... LAMBAT! walaupun selalu thumb print kat opis mesti lewat satu minit.. dua minit.. paling hampeh pun lima minit sebab terbangun pukul 7.50 pagi! Dah tahu rumah 10 kilometer dari tempat kerja tapi masih bajet sempat kalau gerak 10 minit sebelum pukul 8 pagi. Buruk perangai!

Okay.. hari pertama bekerja di tahun 2010 saya bangun awal sikit. tapi standard bersiap macam siput. Alih-alih gerak pukul 7.51 jugak! Lagi haru hara... bila ada dua lori besar gerak macam kura-kura... dah la lesen P.. terhegeh-hegeh nak potong sebab nak fullfil azam tahun baru di hari pertama...

kesudahannya... LEWAT 2 MINIT!!! TEEEEEEEEEEEEEEETTTTTT!!!!
tapi mampu tersenyum sebab ramai jugak opismet yang datang lambat... hehehehhe...

hampeh punya azam tahun baru....




p/s: Pagi tadi encik Imran bagi moral support siap bangun awal pagi tolong siapkan brekfest lepas tu sibuk ingatkan jam pukul berapa.... hasilnya saya sampai opis pukul 7.50 pagi! Lagi best, masa masuk kolej, pengarah tengah lepak kat gate masuk... YEZZAAA!!!!