Sunday, April 19, 2009

TiPs menghadapi hari peperiksaan

Esok hari exam.. Maknanya ini weekend terakhir yang akan disambut di Parit Raja.. yeehuuwww...

Saya bukan apa.. excited hendak merasa duduk serumah dengan encik husband. Walaupun masih ada secubit rasa bimbang. Maklumlah sudah biasa hidup membujang.. hik hik hik...

Apa??! Exam!!! Secara jujur.. belum baca buku lagi.. ngeh3.. walaupun saya sudah berjanji kepada encik Imran supaya mula mengulangkaji pelajaran dua tiga hari yang lepas lagi..


Highlight hari ini...

Saya berpuasa ganti (Puasa!!! akhirnya insaf jugak aku.. hehehe) kerana ter'sahur' pada pagi tadi setelah dikejutkan oleh encik Imran pada pukul 3 pagi. entah tetiba saya teringin memasak dan hasilnya (walaupun tidak seberapa)


tak sempat nak touch-up bihun goreng ini... dah tak sabar nak makan.. :p


Agak mengenyangkan dan menimbulkan keinsafan eh..eh.. keinginan untuk berpuasa setelah lama gila tidak berpuasa. Okay.. selepas subuh.. saya berazam untuk tidak sambung tidur bagi merealisasikan azam untuk menjadi morning-person (azam lama yang sampai sekarang belum tercapai!) dan sepatutnya saya mengulangkaji untuk peperiksaan esok, namun... tiba-tiba teringat pesan mama semasa menalifon beliau semalam..

"kad jemputan sudah siap?"

Alamak!! lupa plak bulan enam nih ada kenduri kawen lagi.. Itu la bahana nikah gantung.. hehehe..

Saya dengan semangat waja menghidupkan printer dan mengeluarkan bahan-bahan untuk aktiviti pagi tadi dan hasilnya....

Sempat print envelope sahaja.. KAD akan menyusul..

nak jimat punya pasal.. nyusahkan diri sendiri di musim exam.. ceh..ceh..ceh.. padahal ngelat nak stadi.. huh.. Tapi sebenarnya enjoy jugak buat kad kawin sendiri nih.. Ada jugak kenang-kenangan untuk kawan-kawan.. Tapi kad nih aku buat limited edition (padahal nak reduce cost)dan untuk kenduri di SABAH sahaja. So siapa rasa nak+boleh datang sila SMS alamat anda ok!

Setelah penat sedikit saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar dah akhirnya hanyut dibuai mimpi sehingga pukul 12 tengahari!! siap mimpi2 dah ter'buka' puasa lagi... duh!
Eh.. eh.. alamak!! Kelas memandu!!! Talipon cikgu memandu... Lepas Zohor bergegas ke sekolah..

Cikgu feveret (feveret sebab cikgu yang ini tidak pernah ambil kesempatan pegang-pegang tangan aku masa nak ajar imbangkan stereng.. and most important tidak pernah marah aku kalau buat silap.. even masa aku ter'mati'kan enjin tengah-tengah traffic light.. Fhewuh!)

"Awak ni dah dapat lesen nanti, mesti suka bawak laju-laju kan?"

Saya menjawab dengan penuh kejujuran...
"Eh.. tak la encik. Bahaya bawak laju-laju nih.."

"Iye la tu... dari cara awak tekan minyak pun saya dah boleh agak"

kui kui kui... kuih samprit.. kan dah kantoi...
Tapi bila di refresh balik... Ada beberapa kali jugak la cikgu memandu saya itu mengingatkan supaya kurangkan laju... mungkinkah benar ramalan beliau itu?? hmmmm...

Hari nih kurang sikit fobia nak drive atas jalan raya... hehehe.. ada kemajuan.. Syukurla.. Sila lah doakan saya supaya mahir memandu dan menjadi seorang pemandu berhemah dalam masa terdekat ini... Aamiinn... Terima kasih...

Sepulangnya dari belajar memandu saya menghidupkan laptop untuk membaca nota paper sosiologi esok dalam bentuk softcopy.. hehehe.. yang sebenarnya mahu surf internet menghiburkan diri.. :P dan terjumpa satu blog (si Perempuan Jomblo) menceritakan cara MEMBUAT FONT SENDIRI!!!! cool...

dan saya telah berjaya menghasilkan jasFONT hasil tulisan tangan sendiri (walaupun tidak cantik mana)


print template kat website then tulis huruf2 dan scan untuk di'upload' ke website untuk di'generate'kan menjadi YOUR VERY OWN FONT!!! Cuba la kawan2.. seronot!!!

siap ada signature lagi!!! senang saja... silakan...

http://www.yourfonts.com/

Magrib semakin hampir... yesss!!! sunyi pulak rumah sewa kami hari nih.. mana semua orang pergi??? kalau tak.. mesti riuh dengan suara si encik Wafi..

Encik wafi sekarang sudah pandai mengetuk pintu bilik dan mengajak main bersama!!! Tengok la tu...

snapshot minggu lepas..masa aku bizi gila siapkan tesis..

dalam banyak-banyak toys yang mama wafi belikan... benda-benda teknologi jugak dia pilih... agaknya besar nanti nak jadi jurutera IT!! :)

"Auntie tak gosok baju nak pi exam lagi eh?? meh wafi tolong gosokkan..."

Semalam.. semasa menalipon Encik Imran..

Saya : "Awak tak pernah jumpa Wafi lagi kan?"

Dia : "A ah.. Nampak gaya macam gatal je wafi tu... Nak kat antie-antie je kan? Kalau dengan saya mesti dia taknak.. tah-tah siap melalak..tak pe la..."

Heeheee... Wafi memang ada potensi.. Senyuman arjuna yang bisa cairkan hati wanita...

Okay... Maghrib dah dekat... Selamat Berbuka!!!

Pssttt: Malam ini mesti stadi!!!!