Saturday, April 18, 2009

Cita-cita

Ingat kah lagi kalian masa zaman sekolah rendah dulu?
Setiap seorang dapat file peribadi kaler kuning cair.. dalam file itu ada senarai cita-cita bermula seawal darjah satu sampai ke darjah enam. Antara cita-cita yang menjadi top ranking masa tu ialah CIKGU, POLIS, DOKTOR, PEGUAM, MAJISTRET eh..eh.. majistret ada kaa? Tapi yang pasti cita-cita yang kita bagi tahu cekgu ialah cita-cita-standard belaka seperti yang saya senaraikan tadi. Betul tak? Saya pun tidak ketinggalan untuk turut serta dalam menyenaraikan cita-cita seperti CIKGU, PEGUAM, bla bla bla... biasala tu.. pemikiran budak sekolah tidak tinggi lagi..

Bila umur semakin menginjak dewasa saya terpikir untuk menjadi seorang penulis. Walaupun sedar diri, yang tiada-bakat-langsung-dalam-penulisan-yang-boleh-dibanggakan.. hik hik..
Mungkin cita-cita itu terbit kerana hanyut dengan buku cerita yang saya selalu baca pada zaman itu. Selepas habis baca sebuah buku.. pasti berangan hendak menulis cerita sendiri.

Saya bukan apa... masa sekolah rendah dulu saya boleh dikategorikan sebagai ulat buku atau mungkin tahap cacing buku sahaja... Bukti? tanya mak saya. Tiap kali hujung minggu pasti saya ke Perpustakaan Daerah.. siap ada membership taww! Bayangkan budak sekolah rendah masa tu... Saya dengan bangga menjinjit buku-buku cerita yang saya pinjam terutama bila menaiki bas untuk ke pekan. Balik rumah pasti ada buku baru yang saya pinjam. Setiap kali mama mengajak saya untuk menemankan beliau ke pasar hujung minggu (dalam adik-beradik saya merupakan anak faveret untuk dibawa ke pasar setiap hujung minggu, mungkin kerana jenis yang tidak suka minta beli itu ini seperti barang mainan) saya akan mencuri peluang untuk singgah di perpustakaan..
Entahlaa.. saya pun hairan bagaimana saya boleh se'ulat' itu (pada zaman itu).

Mungkin sebab dulu.. entertainment kurang.. Mana ada astro lagi zaman tu. Internet apatah lagi.. kalau ada pun.. ilmu komputer sangat daif.. biasalah kehidupan di sebuah pekan kecil yang permai... semua suci belaka... (zaman itu laa).. Natijahnya, buku cerita la antara sumber hiburan pada masa itu. Oleh kerana saya dianugerahkan dengan mak bapak yang jarang dan hampir tidak pernah membelikan buku-buku cerita untuk anak-anak.. **buku pelajaran sahaja ok! jadi saya mengambil inisiatif untuk menziarahi state library untuk memuaskan tuntutan hiburan.. GUNAKAN KEMUDAHAN YANG ADA... hehehe...

okay.. berbalik kepada cita-cita saya tadi...
owh.. cita-cita itu semakin terkubur.. semenjak masuk sekolah berasrama.. jauh dari keluarga.. rutin hujung minggu saya turut berubah. Perpustakaan masih menjadi tempat faveret.. tapi sebagai port untuk tidur.. Standard la tu kalau budak hostel.. okay..mungkin bukan semua. Bukan apa.. perpustakaan sekolah kan ada air-cond.. jadi sila paham-paham sendiri ok... Paling tidak senonoh.. masa bulan puasa.. buat-buat rajin lepak di library sekolah. Aim pertama ialah buku-buku yang ada unsur gambar masakan/makanan.. Layan syahdu beb!!! sampai hampir meleleh-leleh!!! hahaha...

Saya mula berjinak-jinak dengan novel tebal berinci- kalau bukan dari perpustakaan saya lebih gemar meminjam dari kawan-kawan yang berkoleksi.. Biasalah.. hendak pinjam buku cerita pun ada turn jugak tau!!!

"Eh.. lepas kau baca siapa? aku nak pinjam jugak..."

"Lepas aku, Zeti.. lepas tu Timah, lepas Timah.. Jijah, lepas Jijah.. Kuza.. Lepas Kuza.. Siti mintak balik buku ni."

Damn! keciwa.. iya lah.. stok buku cerita best mana nak dapat kat library...
Mau tidak mau.. layankan aja... haih!

Tapi zaman makin berubah... Keinginan membaca juga semakin kurang.. Bila dah masuk U.. makin malas membaca.. alasan.. Baik baca buku pelajaran.. (walaupun sebenarnya itu hanya alasan semata-mata).. beli buku THERMODYNAMICS yang berharga RM60++ tapi haram tak baca. Eksen je lebih.. Time exam semakin hampir baru sebok selak buku.. itu pun cari yang rasa-rasa masuk exam.. What a shame!! Kalau buat statistik berapa buah buku baca tahun ini... hmm... u better not know... Apa nih?!!! Arghhh...

Mungkin saya patut tanamkan azam baru.. supaya lebih rajin MEMBACA mulai dari saat ini... dan juga mungkin menghidupkan kembali cita-cita untuk menulis.. ya sebagai penulis..

sekian...

NOTA JARI KAKI: 90% buku yang saya beli sepanjang tahun ini tidak pernah dibaca sejauh bab kedua... Gila!