Thursday, April 9, 2009

eNtrY yang TiaDA aRah TujuaN

Assalamualaikum rakan pembaca...

Tahniah kerana anda telah berjaya membaca entri yang tidak berarah tujuan ini... (Sila Rujuk Tajuk).. walaupun anda mungkin mempunyai masa yang lapang (sehingga tiada kerja lain yang hendak dibuat selain membaca entri ini). Sekian terima kasih.. Eh..eh!!! sudah habis? belum la..

Okay sebenarnya saya masih memikirkan apa yang hendak dikongsi pada hari ini... (thinking...thinking...) dan walaupun tiada topik yang hendak diceritakan... saya tetap terpanggil untuk mengepos satu entri kerana merasa sungguh lapang (walaupun kerja banyak lagi yang perlu disetelkan... ;P)



Waktu sekarang... 8.55 malam...

Hari yang memenatkan. Ya saya merasa sangat penat pada hari ini kerana.. tidak!! bukan... bukan kerana saya bersukan.. tetapi kerana hari ini saya dan beberapa rakan lain telah berjaya menempuh sesi viva (bukan sejenis kereta ok..tetapi sejenis sesi pembentangan thesis) yang amat merunsingkan kepala.. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik sahaja.. syukur tahap terharu saya dibuatnya kerana dikurniakan panel yang baik hati.. Apa tidaknya... budget kena bambu dengan panel mengenangkan hasil tesis yang agak tidak mencapai tahap sarjana... Mungkin Allah dengar rintihan saya pada hari itu.. haaa... baru kau tahu langit tinggi rendah.. Takpa2... next time jangan buat kerja last minit lagi (please remember that!! huh... betulkah aku akan insaf selepas ini??? hehehe). Apapun saya sangat bersyukur kerana hari yang mungkin menjadi worst-day-of-my-life turns out baik-baik saja... syukurr.. For my dear Panels.. semoga Allah murahkan rezeki kalian... (^-^) you rocks beybeh!!!



Okay.. tiba-tiba teringin hendak bercerita tentang sesuatu yang mengusik hati kecil saya.. Seorang kawan menghubungi saya siang tadi sambil teresak-esak... menceritakan perasaan terkilan dan tertekan beliau kerana dilayan kawan-kawan seperti sampah. Ya Allah.. seperti sampah? mesti busuk kan? hehe.. okay itu hanya selingan... Saya sebenarnya bukanlah seorang kaunselor ataupun majistret yang mampu membantu orang lain tetapi sekadar meminjamkan telinga untuk mendengar masalah apa salahnya... bukan keluar modal pun... :D

Saya harap Siti Katijah (anda ingat ini nama sebenar beliau ke?) banyak-banyakkan bersabar. She probably having the worst day kerana dilayan sebegitu... alaa.. nama pun perempuan.. SAYA BUKAN BERNIAT HENDAK MEMBURUKKAN SPESIS INI.. hellloooww... saya sendiri pun perempuan okay! So sedikit sebanyak mungkin saya tahu or maybe expert pasal dunia perempuan ini.. kaLAU dah ber'kelik' tu memang akan ada saja konflik dalaman mahupun luaran. Suka memburukkan orang lain dibelakang.. macam diri sendiri tu baik sangat. Apa keburukan kita semua di jaja. Dengki la tu sebab kau banyak kekurangan! Muka buruk sama macam hati kau! Bangang! ALamaK.. ter'emo' la pulak. hahahahha...

Apapun saya doakan Siti Katijah mampu bersabar dan tidak loose control sehingga memasukkan julap ke dalam minuman mereka-mereka itu. Saya menasihatkan beliau supaya tinggalkan sahaja golongan tidak bermoral itu. Banyak lagi insan lain yang boleh dijadikan sahabat. Persetankan jelingan dan cakap-cakap belakang mereka itu. Lama-lama juling la tu.. LOL... Amaran Kerajaan Malaysia : PhD (Perasaan Hasad Dengki) mampu memburukkan muka anda!!

Saya menceritakan hal ini bukanlah kerana ingin memburukkan perempuan-perempuan itu.. tetapi sekadar dengan niat supaya kita sama-sama mencerminkan diri sendiri. Saya akui saya pun bukan baik sangat tapi bila mendengar keluhan sahabat tadi saya tersedar bahawa sebenarnya kita mungkin telah melakukan sesuatu yang tidak disedari sehingga mengundang perasaan benci orang terhadap kita. Ataupun kita terlalu hebat sehingga mereka amat mencemburui kehebatan kita dan mereka tidak mampu membendung PhD mereka dan mengambil keputusan untuk memburukkan kita... hahaha.. apa yang aku merepek inih! To Siti Katijah... banyak2 minum air masak. Eh.. banyak2 bersabar. Allah sayang orang yang sabar. Sure you're too gorgeous sampaikan minah-minah itu melayan anda sebegitu rupa (budget mean girls la tu.. kakakkaka). And to other girls di luar sana yang mengalami situasi seperti di atas... Banyakkan bersenam. Baik untuk kesihatan. Siti Katijah meminta sedikit nasihat daripada saya... Saya hanya mencadangkan kepada beliau supaya melakukan favourite-things-to-do beliau dan jangan serabutkan kepala memikirkan golongan itu. Not worth a penny!



NoTA KAKi: dear readers...Pardon me for the foul languages.. Oh ya.. bukan semua.. diulangi BUKAN semua perempuan seperti itu ok. Saya sangat berharap spesis ini akan pupus secepat mungkin supaya tiada lagi jiwa derita. Mungkinkah juga spesis LELAKI mengalami konflik seperti di atas?