Tuesday, April 7, 2009

Senarai KEsyukuran

sempena hari selasa yang indah ini... marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran dan menyenaraikan senarai kesyukuran kita supaya kita sentiasa bersyukur dah tidak lupa untuk mensyukuri nikmat yang ada...

Oookay... this is my list of KESYUKURAN...

1. Saya sangat bersyukur kepada ALLAH kerana masih hidup, HIDUP! belum mati lagi... syukurnyaaaaa...

2. Saya bersyukur kerana semua orang yang saya sayangi sihat sejahtera dan saya berdoa semoga mummy-in-law sembuh sepenuhnya secepat yang mungkin dan boleh pulang ke rumah.

3. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang tinggi.

4. Saya bersyukur kerana reti menggunakan internet dan secara tidak langsung berjaya mencipta blog sendiri untuk menghiburkan diri.

5. Saya bersyukur kerana mempunyai ramai kawan yang baik hati dan tidak pernah merungut kerana saya selalu terlupa untuk mengucapkan selamat hari lahir pada setiap tahun. ***Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan HAPPY belated BIRTHDAY kepada wana, wawa, veron, marr, lily, ayu..dan yang senasib dengannya. Semoga kalian panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Aminnn....

6. Saya bersyukur kerana mama dan bapa menerima calon suami saya dengan tangan terbuka dan tidak mengejar kami dengan parang. **Hahaha... kelakar tengok cerita melayu dalam tiwi kena kejar dengan parang oleh bakal bapak mertua. Okay.. tak kelakar sangat pun...

7. Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk pergi ke sekolah dan diberi peluang masuk universiti.

8. Saya bersyukur kerana pandai baca jawi walaupun tidak lancar sangat.

9. Saya bersyukur kerana mempunyai seorang kakak yang suka belanja saya dan suka meminjamkan duit tetapi tidak pernah marah jika saya terlupa (buat-buat lupa) untuk membayar balik hutang tersebut.

10. Saya bersyukur kerana mama selalu memberi nasihat setiap kali menelefon walaupun saya sudah besar panjang (walaupun kurang inci sedikit... hik hik hik).

11. Saya bersyukur kerana pernah menang sukan lawn ball masa belajar di UiTM shah alam walaupun saya tidak pernah bersukan (eh..joging kira bersukan kan? pernah la).

12. Saya bersyukur kerana pandai menulis dan membaca.

13. Saya bersyukur kerana bapa tidak pernah merotan saya sampai berbirat bontot... azab seyh kena rotan kat bontot....

14. Saya bersyukur kerana rumah saya ada air dan elektrik.

15. Saya bersyukur kerana dilahirkan kidal tetapi makan guna tangan kanan.

16. Saya bersyukur kerana mendapat ilham dari belog Hanis untuk menulis senarai kesyukuran ini.

17. Saya bersyukur kerana tidak meneruskan niat untuk mencuci toilet dengan menggunakan berus gigi rakan seasrama saya yang sangat annoying beberapa tahun yang lepas.

18. Saya bersyukur kerana pernah pergi ke semua negeri di Malaysia kecuali Perlis. Mungkin suatu hari nanti...

19. Saya bersyukur kerana masih boleh melihat walaupun rabun jauh.

20. Saya bersyukur kerana dilahirkan di Sabah negeri di bawah bayu.

21. Saya bersyukur kerana suami saya pandai buat lawak.

22. Saya bersyukur kerana tidak pernah extend semester walaupun banyak subjek yang failed masa di UiTM dulu (whoah...I survived engineering course!!).

23. Saya bersyukur kerana pernah naik bus ekspress Double Decker... (bila bas lalu...Semua orang akan pandang bas yang saya naik. bangganya... hahahaha)

24. Saya bersyukur kerana pernah makan durian.

25. Saya bersyukur kerana mempunyai 6 orang adik beradik untuk berkongsi parents yang sungguh baik hati.

26. Saya bersyukur kerana mempunyai seorang guru bahasa inggeris (Madam Monaliza) yang baik hati semasa di sekolah menengah dulu. kalau tidak mesti sampai sekarang saya benci subjek bahasa inggeris.

27. Saya bersyukur kerana selalu mimpi malam-malam. Kalau mimpi ngeri pun takpe. Asalkan boleh mimpi....

28. Saya bersyukur kerana mama dan bapak memberi saya nama Jaslinah dan bukan Markonah mahupun Martopooo.

29. Saya bersyukur kerana boleh mandi tiap-tiap hari.

30. Saya bersyukur kerana sebelah rumah di kampung ada anak sungai yang masih jernih. Tidak percaya? tengok nih...
;)

31. Saya bersyukur kerana Malaysia masih aman dan damai.

32. Saya bersyukur kerana saya boleh minum Coffee tiap-tiap hari. yummy....

33. Saya bersyukur kerana rumah saya ada Astro.

34. Saya bersyukur kerana pernah naik kapal terbang.

35. Saya bersyukur kerana mempunyai mak dan ayah mertua yang baik.

36. Saya bersyukur kerana mampu makan tiap-tiap hari.

37. Saya bersyukur kerana adik lulus PMR 8A dengan 'warna-warna terbang' (flying colours) pada tahun lalu.

38. Saya bersyukur kerana mama dan bapak tidak pernah memaksa saya berkahwin dengan mana-mana jejaka. Alhamdulillah saya telah berkahwin dengan pilihan hati sendiri.

39. Saya bersyukur kerana mempunyai emel yang masih bertahan sampai sekarang. Dari form 4 beb... kiranya sudah sepuluh tahun saya menggunakan emel address tersebut.

40. Saya bersyukur kerana pernah mempunyai seorang abang (beliau telah kembali kerahmatullah pada tahun 2001. Al-Fatihah....)

41. Saya bersyukur kerana pernah masuk sekolah tadika.

42. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang ISLAM. Nikmat yang paling besar tu..

43. Saya bersyukur kerana mempunyai darah jenis O iaitu sama seperti jenis darah bapak saya.

44. Saya bersyukur kerana gunung tertinggi di Asia Tenggara - Gunung Kinabalu terletak di kampung halaman saya.

45. Saya bersyukur kerana pernah tinggal di asrama dan merasai sendiri hidup budak hostel.

46. Saya bersyukur kerana senior kami semasa di sekolah menengah bukan generasi kaki buli.

47. Saya bersyukur kerana mempunyai telefon bimbit dan baki kredit sebanyak RM8.62

48. Saya bersyukur kerana boleh minum susu soya walaupun allergy kepada susu lembu dan yang sewaktu dengannya.

49. Saya bersyukur kerana berpeluang merasa kehidupan di Parit Raja walaupun sudah hampir ke penghujungnya... (Good Bye Parit Raja....)

50. Saya bersyukur kerana beberapa orang rakan sekolah rendah saya masih mengingati nama saya.

51. Saya bersyukur kerana saya bukan jenis yang suka mencari hiburan di luar rumah ataupun kutu rayau. Percaya atau tidak saya boleh menghabiskan masa berhari-hari hanya melepak di rumah tanpa merasa bosan.

52. Saya bersyukur kerana saya bukan seorang celebriti dan bebas untuk muncul di khalayak ramai tanpa risau akan wartawan atau paparazi yang suka mengorek rahsia saya.

53. Saya bersyukur kerana telah mencapai beberapa hajat dalam goals_list yang saya buat 8 tahun yang lalu..


buku jurnal masa zaman diploma dulu...
ada sambungan lagi....
waaa... banyaknya lagi yang belum dicapai....

54. Saya bersyukur kerana telah berjaya menyenaraikan beberapa kesyukuran walaupun banyak lagi yang belum disenaraikan dan saya ingin mengajak rakan-rakan yang lain untuk menyenaraikan senarai kesyukuran anda supaya kita sentiasa bersyukur nikmat yang tidak pernah putus.... ALHAMDULILLAH....