Wednesday, April 1, 2009

APRIL FooL @ April Bodoh

Bila cerita pasal April Fool memang banyak cerita bodoh yang akan keluar memandangkan setiap kali 1 April menjelma korang akan buat plan yang bodoh untuk mengenakan member2 kan? (Okay mungkin bukan semua orang). Tapi aku paling suka bila 1 April menjelma...mesti banyak benda best (or should i say LUAR BIASA) yang akan berlaku... hehehe... begini ceritanya....


Take One... Action!!
Masa aku sekolah dulu setiap kali muncul 1 April.. aku lebih suka join rakan-rakan sekelas untuk mengenakan kawan-kawan yang agak innocent... Nama pun budak sekolah asrama... otak memang sangat sarat dengan idea-idea busuk untuk mengenakan kawan... Tapi kan... aku rasa spesis budak2 hostel nih menjadi sebegitu rupa disebabkan kurangnya entertainment... so they create this idea to entertain themselves... tapi jangan salah anggap... aku dulu seorang pelajar hostel yang suci pemikiran... (^_^) **wink.. wink... walaupun aku dulu 5 tahun menjadi penghuni hostel... aku tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir kuning ye kawan-kawan... alamak melalut pulak...



okay... back to April fool punya story...

cerita yang aku masih ingat bila kawan2 sekelas aku yang nakal mengenakan seorang kawan kami dengan meletakkan gam atau dalam bahasa inggerisnya GLue diatas kerusi seorang rakan kami dengan harapan bontot mamat tersebut akan melekat pada kerusi tersebut sampai habis sesi belajar pada hari itu... hmm... nama saja budak sains.. tapi hukum fizik tak apply langsung... kalau nak letak gam biar letak yang gam gajah terus... apa kejadah setakat letak gam kertas yang biasa digunakan untuk kelas pendidikan seni reka cikgu nasarudin untuk teknik kolaj... and that guy ended with seluar yang kotor sepanjang hari... kesian pun ada...
okay... tak thrill sangat pun... tapi aku rasa banyak lagi cerita yang aku sudah tidak berapa ingat untuk aku kongsi dengan kawan-kawan semua... maklumlah... Saya lebih suka melupakan perkara-perkara negatif supaya tidak dihantui perasaan bersalah di sepanjang hayat. heee....

Take TWo
Setelah melangkah ke alam persekolahan orang hampir dewasa... saya lebih suka melaksanakan pelan Aprilfool secara solo... tapi memandangkan tidak mempunyai ramai rakan-rakan yang boleh di aprilfool kan (memandangkan kawan-kawan perempuan tidak ramai mana... i'm not saying that i have tonnes of boYfrens instead of GirLfrens ok.. uiks macam perempuan gediks lak... haha. Kerana coursemate saya dalam bidang mekanikal majoriti adalah kaum adam tetapi mereka hanyalah kawan-tapi-tidak-berapa-mesra kerana mereka adalah lebih kepada kawan-untuk-meminjam-assignment-untuk-diplagiat.. and that's why i ended up with not-so-many-GoodFriends type of person. Tapi Saya tidak kisah pun.. Bukan Quantiti yang penting..tapi Quality in fiends.. right?) Alamak.. melalut lagi!...


Okay... so aktiviti aprilfool yang saya jalankan agak terhad... bukan apa... saya tidak sanggup mengenakan rakan-rakan perempuan kerana bimbang akan kehilangan mereka atau mereka akan membenci saya for the rest of their life kalau tak kena gaya... Perempuan kan emo sikit... (Aku tahu la... aku kan perempuan!)
JAdi sebagai penyelesaiannya... Saya telah menanam azam untuk menjadikan encik Imran (which happened to be my campus sweetheart (^_^) since 2001... sekarang dah jadik suami pon...) sebagai mangsa AprilFool saya untuk setiap tahun...

My Favourite APrilFooL... aku tak sure tahun bila... 2003 kut... Malam itu beliau mengajak saya untuk menghadiri Malam Pra Graduan batch beliau... kiranya ala2 prom nite diorang la... masa tu saya hanya sekadar junior di pinggiran... agaknya kerana keletihan bersosial pada malam itu... esoknya beliau terlupa untuk mengajak saya menonton wayang seperti rutin hujung minggu kami yang lain... Tengah sedap tidur kat rumah la tu!!! Saya pula keboringan menunggu di hostel (Kolej Mawar... ya masa itu saya adalah penghuni kolej mawar...)...
Setelah agak yakin bahawa probability untuk ngedet pada hari itu agak tipis... saya semakin teruja untuk mengenakan beliau dengan lawak aprilFool yang sangat sadis **sort of... Haaa... hambik kau!!! LOL...
Begini.... saya meng"SMS" beliau dengan mengatakan bahawa saya kena sakit perut yang kronik (masuk akal kena keracunan makanan masa dinner smlm...hahaha) dan r.a. kolej kami telah menghantar saya ke HOspital tapi battery henpon sudah kong...

Ya kawan-kawan... saya mematikan telefon bimbit untuk mengeruhkan lagi keadaan... Lantas saya menghiburkan diri sendiri dengan melayan cerita di PC...
Beberapa jam kemudian Mek Na datang mengetuk cemas di pintu bilik saya. (Oh ya... mek na ialah sahabat wanita saya yang sefakulti dan sekolej dengan saya dan berasal dari negeri Kelantan...) Muka Mek Na sangat cemas bercampur hairan

Mek NA: Oi... Apasal kau ada kat sini... Bern telefon aku tadi... dia kata kau masuk hospital. Kau tipu yek?!!!!

SAya: Aprilfool... (sambil tersenyum puasssssss)

Yesss... misi saya pada tahun tersebut sudah berjaya. Encik Imran bergegas ke Hospital Klang (Shah Alam mana ada Hospital..) setelah menerima SMS tadi dan mencari saya di setiap wad wanita yang terdapat disitu... setiap Tingkat!!!! Kerana gagal beliau mencari beliau menghubungi sahabat saya untuk bertanya kalau2 mereka tahu...
Atas nasihat Mek Na dan kawan2 saya menghidupkan semula telefon bimbit dan menghubungi si mangsa...

Encik Imran: #$$%%&**^#&#^%&^%

hehehehehe... dan malam itu kami pergi menonton wayang...

2009
Aku baru perasan hari ini 1 April pada pukul 11 pagi tadi...itu pun masa hendak mengisi borang... kan sebelah ruang tanda tangan itu perlu ditulis tarikh... Huh.. AprilFool day!!!
Saya tidak mempunyai plan yang mantap untuk mengenakan beliau pada tahun ini... jadi saya hanya menghantar SMS yang saya rasa boleh men'cuak'kan beliau... namun... balasan yang saya terima...

"alah nak aprol fool la tu. tau dah."


.......hampa......