Tuesday, March 31, 2009

Hampir Ke Situ...


Ya... kita hampir ke situ... di mana?? di penghujung jalan... hmm...actually i'm just gonna said penghujung semester...


Minggu 13 to_do_list

-submit thesis (which i didn't YET!) Kalau encik Imran telefon malam-malam tanya tengah buat apa? Saya akan menjawab "tengah ambik mood".


encik Imran: Huih lama betul awak ambil mood. ingatkan tengah-duduk diam-diam (okay this phrase sudah di paten oleh saya ok...because few weeks ago when my mummy-in-law called, i said tengah duduk diam-diam when she asked tengah buat apa?. Habis aku kena gelak dengan ibu mertuaku.. sambil beliau menjawab "Mak tengah_____nih..." gosh i forgot what she said but something opposite to my answer lah.. hehe... BERTUAHNYA DAPAT IBU MERTUA WITH A SENSE OF HUMOUR...


encik Imran: Bila nak submit? setelkan cepat2. nanti boleh balik sini...


Saya: Memang nak hantar pun... pagi tadi dah kasik kat supervisor tapi dia tak bukak pun...siap bagi balik kat kita. penat je print lawa2. lepas nih nak submit kertas kosong je la. buat muka depan saja. bukan beliau baca pun...


encik Imran: Ok jugak tu.. in case dia bukak report awak tu.. kalau dia tanya kenapa takda tulis apa2.. awak cakap 'siapa tak nampak anak *****'


kuang kuang kuang....


~~~~~~Conversation Part Two


Saya: Esok nak submit borang posting. NAk letak negeri mana? dalam borang ada tiga tempat kosong.


encik Imran: letak la yang dekat2. Selangor, Negeri sembilan, Melaka..


Saya: Letak satu saja tidak boleh kah? Nanti diorang ingat kita willing nak kerja kat tempat lain...


encik Imran: Kat tepi negeri Selangor awak tulis 'nak sangat'.. Negeri sembilan 'don't want'.. Negeri Melaka 'don't care'...


............lalalalala................




Ya kawan-kawan... itulah dilema bakal kerja dengan kerajaan nih... Selamat mengisi borang!!!

7 FACTS ABOUT MY MOM

1. Beliau seorang yang sporting walaupun tidak pernah bersukan *sport (never in my life aku tengok mak aku bersukan. so i would like to blame her for menurunkan genetik kaki bangku kepada saya).

2. kami membahasakan beliau sebagai MAMA tetapi memanggil beliau dengan panggilan 'MAK'. Saya teringin sangat memanggil beliau OMMA tapi kedengaran poyo pulak.. sebab dalam cerita korea kan biasanya mereka memanggil mak mereka dengan nada gedik(gedik santai ke?) skali..

3. Setiap kali mengakhiri perbualan (telefon) beliau akan menjawab salam (biasa lah anak solehah akan memberi salam dahulu.. padahal nak jimat kredit nak hang-up cepat2. huh!) + bubye + daaa....

4. Saya amat menggemari masakan beliau even the simplest dishes (chewah ayat bodek!) tapi betul la weh.. pernah masa aku kecik2 dulu my mom masak kari ayam.. fuyhhh!!! meleleh air liur kalau hengat! Dengan kapasiti perut yang agak kecil pada ketika itu.. saya dengan machonya menambah nasik sampai tiga pinggan (lebih rasanya). turns out.. sampai termuntah (yerkh!!) kerana perut ku sudah terlalu penuh tetapi dek ketamakan mahu jugak tambah.. kerana kari ayam mak aku yang super deliciouss bak kata my husband.. sampai terangkat bulu bontot (eish tak senunuh la u nih!!!) hahaha... (again.. i blame her) Itulah salah satu kenangan pasal masakan mak aku yang tidak akan kulupakan... mama.. u rox!!
Even sampai sekarang... kalau balik bercuti rumah mak.. saya selalu minta mak masakkan untuk saya. Dan beliau akan berkata "Apa ni anak dara (anak dara lagi ke? hehe) malas masak!!"

5. My mom akan pergi ke majlis penyampaian hadiah, mesyuarat PIBG, etc yang melibatkan sekolah anak2 beliau hanya jika ada makan-makan. Kalau sekolah buat event/meeting time bulan puasa jangan harap la mak aku nak datang.. hahaha...

6. Mak saya akan sangat excited bilamana kami membawa kawan balik rumah. dan beliau akan banyak bertanya itu ini.. So, bila mahu membawa kawan balik rumah saya akan mengingatkan mama supaya sila jangan menginterview kawan saya lebih-lebih. Tapi sama jugak... huh...

7. My mom is very supportive.. even masa aku tipu adik aku yang bongsu.. aku cakap yang adik aku tu anak angkat sahaja.. (supaya adik tidak suka2 kontrol remote tv) then my mom siap tambah-tambah lagi yang adik bongsu kami itu di adopt dari sebuah kampung pedalaman dan adik mempunyai adik beradik seramai tujuh orang yang masih kecil2 lagi.. hahahaha...




mama.. i miss u...


Sekian...

p/S: Agak-agak kalau my mom read this post dia suka tak??