Monday, March 30, 2009

SuPrEME WeeKenD

ANda berKahwin dengan Seorang sUami yang SuPER apabila si dia...


1. sanggup MenempUh taffic Jam (walaupun itu adalah salah satu list dalam hidup beliau yang Paling dibenci) untuk drive ke kL dan mengambil jaLan Bijak dengan memarkir kereta di KL sentraL dan menaiki Tren (dua kali tukar tren!) ke stesen bus Puduraya untuk Menjemput si isteri seBaik habis waktu bekerja beliau (supaya si Isteri tidak terkulat-kulat menanti distesen bas).


Walaupun bus sampai sejam lewat (kalau aku tahu bus Transnasional BP ke KL...akan menyinggah ke Muar takkan ku naik bas itu. wasting my precious 1 hour!!! ala2 bus SE dan Cepat (padahal lembap nak mamph!) **naiklah bus non stop BP-KL ~KKKL atau SS internasional. chewah promote..) tetapi beliau tidak bersungut kerana terpaksa menanti selama sejam di puduraya malah menyambut anda dengan senyuman paling manis sambil mengunyah Dunkin Donut (eh... itu nama kedai) donut dan memimpin tangan anda menuju ke stesen monorail ala2 budak sekolah dating kat KL.


suami: yang yang...hari ini kita naik pengangkutan awam ye.. malas nak beat the traffic.



dan anda sebagai isteri yang solehah akan tersenyum sahaja.



2. Suami akan membawakan makan malam ala2 breakfast in bed apabila anda terlalu busy dan terlupa menyediakan makan malam untuk beliau.



3. si suami sanggup menghampakan pasukan futsal ofis beliau untuk tidak bermain kejohanan pada hari tersebut kerana mahu menemani anda sepanjang hari.



4. suami anda kepingin makan gulai ayam lemak cili api dan meminta mak mertua anda mengajarkan anda cara-cara memasak kesukaan beliau itu. tetapi akhirnya anda hanya perlu menjadi pembantu chef kerana beliau yang terlebih excited hendak memasak. anda hanya perlu menjadi tukang rasa dan memberikan rating terhadap masakan tersebut (aik terbalik pulak!)


5. Suami anda memuji anda melambung-lambung sambil menari-nari kesukaan apabila anda berjaya menyediakan dessert yang anda adaptasi daripada menu KFC dan menikmatinya dengan mata penuh bersinar walhal beliau tahu kek tersebut bukan anda yang membakarnya. (hihihi)









Tadaaa... kek coklat moist (beli kat Giant je sebab tak reti nak masak sendiri) + ice cream kiwi + chocolate sauce + choc rice. **Mohon maaf gambar gulai lemak tidak dapat disiarkan kerana telah habis dimakan sebelum sempat di snap shot kan buat tatapan umum..




sila rujuk Set E *Nota tambahan: Si dia memuji bahawa kek coklat yang anda sediakan lebih sedap daripada set E KFC tersebut (sempat! hehe..).

6. suami anda tidak berkecil hati apabila mengetahui bahawa mak anda kehilangan buku bank tetapi terlupa untuk menceritakan kepada beliau. Beliau hanya mengetahui perkara tersebut daripada Blog anda. Oh ya.. beliau sempat memuji ke'best'an blog anda tersebut (okay.. okay ayat last itu adalah hasil nukilan saya sendiri. ehehe)





7. anda terjumpa surat-surat cinta yang anda tuliskan kepada beliau semasa zaman bercinta dulu masih tersimpan rapi semasa anda mengemaskan rak buku beliau dan anda menangis terharu apabila mengenangkan zaman bercinta kamu yang indah itu. sob sob*





Akhirnya anda merasa sangat bertuah dan men'dedicated'kan post ini kepada beliau.