Wednesday, March 25, 2009

UiTM dihatiku...

yesterday encik Imran pun ponteng kerja macam aku ponteng kelas.. beliau menghadiri sesi temuduga di UiTM Shah Alam. Itu dia.. seorang lagi engineer yang sudah tidak mahu menjadi engineer dan ingin menjadi pensyarah. maybe sebab... dengar cerita jadi pensyarah amatlah senang kerjanya... kalau malas mengajar batalkan saja kelasnya.. hehehe...


beberapa minit selepas diinterview oleh 6 orang panel (pensyarah2 fakulti kami dahulu)... encik imran menghubungi saya...
saya : haa... macamana?

encik imran : dah selamat... tadi datuk yang interview. guna dua slide je td, diorng dah suruh berhenti. tapi diorang kata slide menarik (apa tidaknya.. nak buat mock teaching je pon tp guna slide koswer aku.. memang la nampak lebih2.. :p ). Speaking tadi main hantam je.. nasib baik panel yang orang putih tu kata paham. blaa...bla.. bla...

saya : habis tu? ada harapan tak?

encik imran : entah la. tapi Encik Azli supervisor bern dulu tu dah buat reccomendation kat datuk. mintak2 dapat laa... awak doakan la sekali ye...(dengan nada penuh mengharap). oh ye.. tadi jumpa PA (*Penasihat akademik) awak.. borak-borak jap. dah bagitau kita dah kawen. dia tanya kenapa tak jemput. nanti klu buat kenduri dia suruh hantar kad.

saya : aik... Encik Wan ingat lagi ke kat kita?

encik imran : hmm... ingat... dia kata budak perempuan sabah yang suka bagi kad time raya tuu...


senyum...


**mintak2 dapat la... tak payah aku susah2 drive masa nak pergi Latihan mengajar di Poli S.Alam nanti... heee...


rindunya kat UiTM...

bukan hanya sebab Encik Wan yang hensem tu still ingat kat aku. tapi banyak faktor2 yang buatkan aku selalu rindukan UiTM... oh ya... **nota tambahan... Encik Wan tu sebenarnya penasihat akademik saya sepanjang diploma n degree... so.. kalau beliau tidak mengingati saya.. memang melampau la... heee...


kenapakah saya sangat suka uitm??

1. aku dulu belajar 6 tahun kat UiTM starting 2000. aku hengat lagi nombor pelajar aku masa itu 2000194434! anda bagaimana? masih ingatkah?? heee...

2. Selepas habis diploma 3 tahun, aku malas hendak apply kerja so aku apply sambung degree di UiTM. maybe sebab masa tu atas dorongan encik Imran kerana beliau pun sambung degree di sana juga. tetapi aku tolak tawaran Uitm masa tu sebab merajuk (pasal apa tah) ngn dia. so aku dengan selamba balik ke sabah menganggurkan diri selama enam bulan. the next sem aku try apply lagi.. alhamdulillah aku berjaya dan dikurniakan nombor pelajar 2004215468. (huu...sapa kata aku tak ingat!).

3. bas UiTM lawa! memang la budak perempuan sahaja yang kongker naik bas sampaikan budak lelaki akan tersipu-sipu apabila hendak menaiki bas. Aku dulu pernah ajak encik Imran dating naik bas UitM pusing-pusing kampus. yang lucunya... beliau nampak kekok amat, macam first time naik jet pun ada. hahaha...

4. Toilet UiTM bersih! tapi kena pandai cari timing.. aku selalu tunggu makcik cleaner habis sental baru aku sebok nak gunakan kemudahan tersebut.

5. Banyak kenangan manis dan kurang manis dan kelat dan masin (SEMUA rasa la!) yang aku ada kat sana.. huh banyak sangat... sampaikan aku tidak tahu mana satu yang hendak diceritakan.

6. UiTM ada banyak Library... pilih saja mana kau suka... lalalalala... aku paling suka lepak kat PTAR1 (mak kepada segala library di UiTM Shah Alam) bukan apa... kalau malas balik ke kolej disitulah port aku untuk melelapkan mata kejap. Argh...tapi aku pernah hilang wallet kat library tingkat 6 Kompleks KEjuruteraan (library yang di claim sebagai library budak2 medik. aH pigi daa... dah la menumpang bangunan kami!!!! ).
beginilah pemandangan dari tingkat atas Engineering Complex (mcm shopping complex plak) kami...

7. KAwan-kawan... yummy!!!!


8. Sambal belacan di Kantin fakulti kami sangat sedap... tiap kali lunch aku mesti makan di sana. kadang2 jam sarapan pagi pun aku dah pulun nasik berlauk macam orang nak lunch... hee...

9. Monyet @ kera @ monkey... spesis ini memang senang dijumpai di sana. Banyak pula tu!!! Bukan aku suka monyet2 tu ok... tapi aku sangat suka cerita pasal monyet jadik polis trafik kat uitm dulu.. bayangkan monyet tu suruh kereta berhenti ala2 polis trafik sebab nak bagi kaum kerabat dia lintas jalan... super hilarious!!!

10. Dulu UiTM sungguh bermurah hati memberikan pelajar makan dan penginapan percuma. PERCUMA!!!! sudah la yuran murah nak mamp! mana ada universiti yg sebaik UiTM... tapi sekarang dah tiada rasanya... yahuuuu... merasa gak aku nikmat tu dulu... TERIMA KASIH UiTM...

11. Lecturer kami majoriti semua cool-cool belaka. Pernah jugak aku berangan nak apply mengajar di UiTM satu hari nanti. Walaupun Oxford atau Yale University offer aku.. aku akan tetap pilih UiTM!!! heee...

12. Budak-budak UiTM hanya akan menyanyikan lagu UiTM diHAtiku dan lagu Wawasan Setia Pelajar pada hari orientasi n masa konvo sahaja... tapi boleh hafal sampai bila-bila tu!!! terbukti lagu uitm memang kelass... (lagu nih kalau nyanyi time konvo memang sayu sangat... percaya atau tidak... rasa sendiri... been there done that.. tWiCE!!) walaupun aku sebenarnya sayu sebab dua-dua konvo mak bapak aku malas nak datang..dan mereka biasanya akan menggunakan alasan tiket kapal terbang mahal... huuu...*thanks mom n dad...
aku bukan sedih sangat pun... tapi kadang2... iyalah... jeles tengok sahabat2 bergambar dengan mak bapak masing-masing kat dataran menara tu... aku?? nasib baik la ada pakwe yang sanggup berlakun menjadi bapak aku masa konvo. heee...

akibat tension tidak dapat bergambar dengan mak bapak sendiri.. saya memaksa rakan-rakan sekelas untuk mengambil gambar bersama-sama... **konvo diploma.


siapa kata aku kaki bangku?? team fakulti (aku wakil skali) menang lawn ball beb!!! *kedudukan adalah rahsia... heee...



Gila old skool gambar nih... zaman digital camera tak feymes lagi...




kegembiraan kami setelah tamat sesi presentation final project.




Maybe satu hari nanti aku akan kembali ke sana.. siapa tahu... hehehehe...

hilang....

semalam dengan jayanya aku berjaya memontengkan diri dari menghadiri kelas sosiologi... bukan apa.. kerja banyak menimbun yang perlu aku setelkan.. (padahal aku memang malas nak pergi kelas petang semalam. heee).. 

petang yang indah...tengah sibuk menganalisis data untuk tesis yang asyik memeningkan kepala hotak.. mak kesayangan aku telefon. risau betul nada suara dihujung talian. rupanya buku bank mak aku missing in action. sekali dengan buku bank bapak aku pulak tu! huuu... nih mesti kes cuai tahap gaban. :p sorry mem... hehe...
nak jadikan cerita.. mak aku baru perasan buku bank tiada dalam simpanan apabila kakakku calling nak mintak nombor akaun bagi menunaikan tanggungjawab beliau sebagai anak yang telah berkerjaya. 
bila ingat-ingat balik.. sudah seminggu rasanya buku bank tersebut menghilangkan diri (BUKU BANK... if you're reading this... please come home!!! IMMEDIATELY!!). sbb last week my mom ada urusan di bank katanya.

nasib baik bukan kad ATM yang hilang (nih kes memang parah sebab kawan aku banyak terkena, duit dalam bank lesap dengan senangnya selepas menyedari kad ATM hilang)  kalau tidak.. mesti lagi leceh! Mak aku bukan apa... risau ada orang menyamar sebagai beliau dan mengeluarkan segala isi akaun mak aku tu. hmm... make sense... pikir2 balik... kenapa mak aku call aku petang tu. sedangkan kami dipisahkan dengan jarak yang beribu batu. bukan aku boleh balik rumah carikan sekali buku tu pun... then dari suara mak aku yang risau amat itu... baru aku teringat tanggungjawab aku untuk tenangkan hati mak. ya kawan-kawan... kita sebagai anak wajib membantu ibubapa kita bilamana mereka menghadapi kesusahan. senang cerita aku cakap saja kat mak aku... takut kang tahap risau yg amat, naik melambung blood pressure mak aku tu... dah la beliau menghidap penyakit itu... 

"jangan risau.. duit dalam bank tu selamat. buku bank tu ada di balai polis. ada orang jumpa lepas tu.. bla bla bla..."

then my mom said "anda pasti?"

.......hmmmmm........