Tuesday, March 24, 2009

Penghampiran Episod Akhir di Parit Raja

pejam celik pejam celik... lagi beberapa minggu sahaja lagi aku akan menghabiskan sisa hidup di parit raja ni. Meaning... bakal berakhir satu episode UTHM (a.k.a KUITTHO - kalau sebut KUiTTHO lagi org kenal. so bila org tanya kt johor belajar mana? aku jawab KUiTTHO je).


sedih?? ENtahla..

sementara mencari apakah sebenarnya perasaan sepanjang berada di sini...jom flashback serba sedikit cerita kehidupan saya di Parit Raja, Bt. Pahat, Johor...




December 14th, 2007

hari aku berhijrah ke batu pahat meninggalkan shah alam.. hmm... still remember that day. penuh satu kereta barang2 nak bawak ke BP.

on the way... somewhere @ highway ke selatan





sebelum subuh lagi bern datang menjemput aku kat shah alam.. last day aku bermastautin di Seksyen 7. maklumlah nak kejarkan masa pendaftaran pelajar yang bermula pada pukul 9 pagi. habis pendaftaran kami bergegas mencari rumah untuk disewa. yang bestnya, sewa rumah di sini mmg murah. senang sikit hati aku. tu yang boleh selamba 2 kali pindah rumah sewa sepanjang aku kat sini. hehehehe...



1st semester

rumah sewa sebelah fakulti. tu yang paling seronok. bangun lewat pun sempat ke kelas dengan penuh bergaya. pintu kelas boleh diintai dari pintu dapur rumah. hehe... jangan tak tahu... dalam kelas kami ada toilet!!! meja bulat besar mcm kedai makan... mcm sidang mesyuarat king Arthur pun ada... heee... agaknya nak suruh kami berborak time kelas.. :p



2nd semester

semester paling pack dengan aktiviti walaupun subjek yang mengarahkan kami beraktiviti itu cuma dua jam kredit sahaja beratnya. lecturer kami menjanjikan semua org dapat A kerana prestasi kami yang sangat memberangsangkan menganjurkan pelbagai aktiviti. akhirnya result keluar seperti yg diharapkan. bila check balik... aku antara tiga orang yang dapat A- utk subjek tu... memang semua A. tapi kenapa kami bertiga mendapat A-??? antara spekulasi yg aku dengar... sebab nama kami sorang kat atas, sorang kt tengah dan sorang kat bawah sekali dalam list pelajar kelas kami. huuu... boleh plak gitu. apa pun... itu cuma spekulasi ye kawan2.. wallahu'alam....

hujung sem... demam VIVA plak. first time nak kena viva. macam2 cerita. paling aku tak lupa..


Panel : awak copy & paste ke atau cut & paste nih?


tu bukan aku yang kena ok! walaupun aku ada buat jugak sikit2.

tamat EXAM kami ke destinasi masing2 di serata tanah air untuk Latihan Mengajar. merasa juga aku jadi lecturer pelatih @ Poli Port Dickson. tiap petang lepas office hour kami akan melepak di tepi pantai Teluk Kemang sambil makan kerang bakar... lalalalalalala.... :D


3rd semester

semester nih kurang aktiviti. tapi assignment banyak tak terkata. terasa diri macam mesin membuat assignment pun ada. huuu... tapi dalam kesibukan tu sempat jugak aku kawen... hehee... dah nak masuk 2 bulan pun kami selamat di kawenkan... alhamdulillah...
program paling besar semester ini - SEROM. dah selamat pon... :)
by this time... kami semua tengah berhempas pulas menyiapkan tesis yang bakal di hantar minggu depan. time ni la kena pulun gila2 punya... takut tak sempat kang tak pasal2 kena tambah satu semester... owh.. tidak!!!! mintak di jauhkan....
eh... ok lah... lupa plak yg aku tgh bizi... apapun... GOOD LUCK guysss....