Monday, March 2, 2009

be QuiCk or be DeAd!!!

semalam aku sembang ngn encik lalan di alam YM yang maya... yahoww... ESOK KELAS BATAL... pagi petang lak tuh! best best best...
maknanya esok bole bangun lambat... hehehe...

beberapa jam lepas tu miss eylun msg aku.. kata nak diskas pasal assignment JPU grup kami...
sembang punya sembang... tetiba meremang bulu roma n bulu idung bila ilun kuar stetment... about PS!!!! (Projek Sarjana = Projek Sengall) kami yang dah nak sampai ke penghujung...

"tahu tak... kita ada lagi dalam dua minggu nak setelkan semua... sepatutnya report tu dah hantar kat penyelia utk disemak... bla..bla.. bla..." kata ilun....

GULP! haiyooo... parah nih! data tak collect lagi... pilot test tak buat lg... surat KPM tak smpi lagi... pengesahan pakar tak setel lagi... seram sejuk rasanya memikirkan sume tu... dah la banyak assignment tak buat lagi... projek serooom lagi....

AAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!


(tp aku tak jerit la... dlm hati je. kang tak pasal2 warga blok apartment kami baling batu kat tingkap bilik aku... :P )


plan aku nak landing kejap tadi terus terkensel memikirkan benda tuh...
ni la kalau buat keja last2 minit... padan muka! aku gelak sorang2...
cikgu english (Mdm Monaliza) aku masa skolah menengah dolu penah pesan....

START n The Rest is EASy...



hmmm...kalau tak setat buat keja... mcmana mau siap kan?
aku bukak file Curriculum Development yg kena submit minggu nih... banyak lagi kena alter nih... buat yang nih la dulu...

baru separuh page aku taip (copy+paste+edit)... bantal2 n pink bebe yg bern kasik aku masa befday last year dah mula menggoda memanggil-manggil namaku...

takpa la... rehat jap.. bagi otak fresh skit... jap lagi aku sambung... set alarm lagi satu jam kejut aku sambung siapkan projek tu...

and few hours later....
kapushhh!!! duniaku bertukar gelap gelitan...
hehe...

PERKARA YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT





kawan2...

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda  sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -  

1)      NOMBOR KECEMASAN   

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )  


2)      KERETA TERKUNCI  

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat  ' ON '  pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta  anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.  


3)      KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci  ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .  


4)      TELEFON KENA CURI  

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail  *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun  ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya..