Monday, August 24, 2009

"kena pakai topeng"



Itu bukan saya yang cakap..

So glad bila buka paper minggu2 lepas keluar cerita Tun shopping kat bazaar Ramadhan pakai topeng.. million thumbs-up Tun!!! :D

berita ini sudah lama dan mungkin sudah agak lemau... tapi nak post jugak sebab lupa publish itu hari.


artikel seperti yang di copy paste di bawah...



Dr Mahathir risau rakyat tak peduli wabak H1N1

KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1).

Walaupun tiada kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, beliau bimbang melihat sikap orang ramai yang seolah-olah tidak takut terhadap wabak penyakit itu.

Sehingga semalam, angka korban kekal 68 orang sejak kematian pertama dilaporkan pada 21 Julai lalu.
Bagaimanapun, seramai 230 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke wad, manakala 310 pesakit sudah dibenarkan keluar.

Jumlah pesakit menurun kepada 1,476 daripada 1,556
kelmarin yang dirawat di 102 hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 316 pesakit disahkan positif H1N1.

Daripada jumlah itu, 40 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat kes adalah kemasukan baru, manakala lapan kes dikeluarkan daripada unit itu.

Daripada 40 kes yang dirawat di ICU,

25 kes mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak dan bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma (3), obesiti (3)

, mengandung dan bersalin (1) dan kanak-kanak istimewa (1).

Tun Dr Mahathir

berharap orang ramai memakai topeng itu di tempat awam, termasuk ketika membeli-belah di bazar Ramadan.
"Walaupun ada wabak H1N1, nampaknya orang ramai juga (membeli juadah berbuka puasa). Saya susah hati sikit, ramai tak pakai topen

g penutup hidung dan mulut.

Katanya, kemelesetan

ekonomi juga seolah-olah seperti tidak berlaku

berdasarkan sambutan orang ramai keluar membeli belah pada hari pertama Ramadan.

"Walaupun ada krisis kewangan, nampak orang tak berasa apa pun," katanya yang mengunjungi Bazar Ramadan di Kampung Baru untuk mencari cucur udang.
"Kalau tak pakai topeng itu, kita tak tahu bila kita nak kena (jangkitan H1N1). Peniaga juga kena pakai topeng ... kena jaga kesihatan," katanya k

epada pemberita selepas mengunjungi Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, semalam.
Beliau yang memakai topeng itu berkata, orang ramai serta peniaga perlu berhati-hati dan mementingkan kebersihan makanan.
Sebelum itu, Dr Mahathir yang mengunjungi gerai

makanan di bazar Ramadan terserempak dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditemani isterinya, Datin

Seri Rosmah Mansor, yang turut meninjau di bazar Ramadan berkenaan.

Najib melawat dan membeli kuih di gerai-gerai

sepanjang bazar itu kira-kira setengah jam.




Haaaa... masih malu nak bertopeng? sanggup sedut udara H1N1? your call...

p/s: Feel so 'homy' bila shopping kat tesco Melaka last weekend... ramai yang bertopeng. Kalau shopping kat Klang, jangan harap la nak tengok orang pakai mask. Kita yang kena tengok. pandang semacam pulak tu... grhhhhh....


Tuesday, August 11, 2009

welcome to Melaka...



selepas majlis konvo itu hari, kami dengan suka citanya merayap ke negeri Melaka untuk mencari sedikit ketenangan... ehehe... ketenangan la sangat...


ya... anda memang di alu-alukan...

yang sebenarnya....







dok meng'usha' bakal tempat kerja saya nanti... hehe... sambil berenang minum air.. eh.. jangan minum air kolam renang ok.. tahap klorin tinggi boleh membahayakan kesihatan. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh..


feeewiiitt...

Kawan-kawan, lepas ini jangan asyik dok tanya aku 'kolej komuniti kau tu rumah kedai kee??'
kau tengok sendiri.
hahaha (gelak tak boleh blah)




kalau tiba-tiba rindu kat aku... call tak dapat.. silalah dail nombor tertera... ehehe...

jangan susah... line talipon sini mabeles.. aku dah check siap-siap. full bar lagi! except kalau kau nak video call memang tak boleh la. 3G is not available here okay...



kerana saya tidak pernah menjejak kaki kanan ke Melaka, dengan sukacitanya encik asben mengajak saya meng'explore' tempat yang bakal kami diami.. okay.. boleh diam-diam sahaja. jangan buat bising...


kebetulan pula dulu encik asben bersekolah di Jasin... yang sekarang sudah di tukar ke nama MRSM Tun Ghafar Baba. Kira come-back untuk beliau la jugak kan.. Seronok dapat khidmat tour guide percuma nih!!! :D





to_do_list
1. meng'usha' bakal tempat kerja (checked)
2. cari iklan rumah kosong untuk disewa (dah dapat nombor tapi belum call)
3. mengenalpasti tempat-tempat untuk membeli barang dapur. (checked! macam2 ada.. tesco, giant, jusco, secret resepi, kedai runcit ah pek, ATM, a famosa, beca, bla.. bla.. bla.. awww... seronoknya!!!) *okeh, boleh survive!




ini rupanya Bandar Hilir. Kenapa bandar hilir? sebab bandar ni dok kat hilir sungai kata encik tour guide. entah betul entah tidak...




ini port wajib untuk dating nanti.
anak-anak nanti harus terer sejarah, wajib dapat A untuk subjek sejarah. hehe...

sudah lama kaki kanan saya mengimpikan tempat ini. ingatkan beso sangat la bangunan tu. normal je rupanya. Jakun sekejap.




Banyak lagi tempat menarik. Tapi save untuk masa akan datang. Gila tamak nak explore semua dalam masa satu petang. haha



anda nampak ada apa di belakang ituuu?? eye on Malaysia. Kalau belum berkesempatan silalah ke bandar Melaka.. bandaraya kami... *tak malu mengaku bandaraya sendiri. hahaha..



..silent mode..


gambar blur pun aku upload jugak!!! Seronok sekali skala melawat tempat bersejarah.



buat-buat pose penat... jom masuk dalam?!!




anda pernah bergambar di sini? saya dah... :D



aiyok... tak sempat...



pose terakhir sebelum balik. Encik tour guide... hantar saya balik ke Klang...



Saturday, August 8, 2009

KOnVOkEsYen ke-5




Sabtu lepas konvokesyen UTHM kali ke-8. Tapi ke-5 bagi saya. *Konvo sekolah menengah pun kira kan?? hehe...

Okey... enjoy the gambars... malas mau cerita panjang lebar...



officially sudah menjadi alumni UTHM *tepuk-tepuk untuk diri sendiri.



nak konvo musim H1N1 ni wajib pakai mask... lantak la diorang nak kata kami positive H1N1 ke... megatron ke... doktor gigi ke... yang penting.. safety first!!!




the graduate..



the graduate and the graduate's husband.



si saiz XL yang memakai jubah saiz S. hehe...




Seronot!!!



the graduate and the graduate's kawan (Puan Hanin).




Saya dan huda excited di apit si gadis2 yang belum konvo... sabar ya.. turn kamu akan datang juga nanti.




tgh sms mencari Ilun... rupanya sudah pulang ke rumah. sabar je laaa... tak apa laa... kalau ada rezki kita bergambar sama time konvo Ph.D... ada brani??? Okay.. kalau malas sambung belajar kita tangkap gambar sama2 time konvo anak-anak k... :D






Selingan...

saat-saat melepak bersama encik asben di penghujung konvo. tata...






Wednesday, August 5, 2009

mak, mama, umi, ibu, bonda, mummy, omma, ....


few days ago dalam perjalanan ke suatu tempat.. lagu ini berkumandang di radio. Saya dan suami terdiam. Masing-masing membisu. Sebak. Teringat arwah mak.


Hari ini genap 3 bulan mak kembali ke rahmatullah. Saya hanya sempat merasa kasih sayang seorang mak mertua selama 3 bulan lebih. Plus minus.. sebenarnya tidak sampai sebulan pun.. kerana pemergian mak hanya beberapa minggu setelah saya duduk menetap bersama suami di rumah mak.

Hari pemergian mak saya agak terkilan. Pagi itu saya langsung tidak sempat menegur mak sebelum pergi kerja seperti selalu. Hanya menjenguk sekejap di pintu bilik mak. Tidak terlintas langsung yang itu kali terakhir saya akan melihat mak.



Sebelum mengikat janji ijab kabul dulu suami ada bertanya samaada saya sanggup atau tidak untuk tinggal bersama mak dan ayah beliau untuk menemani hari tua mereka nanti. Memang saya gusar sedikit pada mulanya.
Ditambah dengan the mother-in-law taboo. Tapi saya setuju saja sebab cinta. *gatal!

Tapi dalam masa yang singkat itu.. that taboo didn't work with me. Mak melayan saya sama seperti anak sendiri. I feel soooo welcomed. Saat-saat sedih is when her condition getting worse. Even masa menemani mak di hospital, kami tidak pernah terbeban kerana mak tidak pernah menyusahkan hendak itu ini. She just wants some company. Saya paling kagum bila melihat dengan mata sendiri macamana suami menjaga mak sepanjang mak sakit. And that was the time saya jatuh cinta dengan dia. Walaupun sudah 7 tahun kenal, tetapi tidak pernah sedalam itu saya cintakan dia. Syukur dikurniakan suami macam dia. Alhamdulillah...


Saya tidak sanggup melihat jasad mak pada hari terakhir itu. Sepanjang hari kami menangis. Saya tidak tahu cara memujuk suami. Maklumlah anak bongsu... anak paling manja dengan mak. Kehilangan mak bagai satu tamparan hebat.

Sewaktu jenazah mak dimandikan... tenang sahaja muka mak. Saya teringat malam sebelumnya.. mak menangis. Bila ditanya, jawab mak "Korang tak tahu... " so i guess that was the sign. Tapi tidak terfikir langsung.
Melihat muka mak yang saaaaangat tenang seperti bayi tengah tidur, terus melenyapkan rasa terkilan. kami redha mak pergi. and we miss u sooooo much!

Looong time ago. with love.




Tuesday, August 4, 2009

memorable_ten_seconds


kenangan konvo zaman degree UiTM dulu...


lagi dua hari... konvo UTHM pula. Yang paling seronok dapat kumpul dengan kawan-kawan masa belajar dulu yang lama tak jumpa... ye laa... lepas ni nanti boleh jumpa lagi ke tidak... huuuuuuuuuuuu..........

Yang paling seronok.. majlis konvokesyen ni ala-ala kemuncak penat lelah belajar dulu. hehehe... Penat tu... ingat senang kah nak habiskan belajar.?? Taubat lepas ni tak mahu pergi sekolah dah...Eh..eh.. mana boleh... Kan Nabi s.a.w. ada bersabda 'menuntut ilmu biar sampai ke negeri cina'... InsyaAllah.. Kalau ada rezeki dan ada kerajinan di masa akan datang... :p


Semalam encik Imran bercuti. Seronok!!! sebab saya tidak perlu seharian duduk di rumah macam selalu, temankan beliau untuk pergi mendaftar. Day out... yay!!!! :D

mendaftar? Ya.. encik asben saya mengambil alih status 'student' pulak kali inih. Alhamdulillah dapat sambung belajar.. rezeki anak..... hehehe...




sesudah subuh lagi.. beliau excited bersiap apa yang patut. Leceh juga proses pendaftaran ni. Banyak betul nak kena buat... medical check-up, urus borang daftar, urus scholarship, kad matrik, proposal, jumpa supervisor, bla..bla..bla...

tapi alhamdulillah.. we managed to settle semuanya... :D
Tak susah mana pun.. sebab mendaftar lewat.. tidak perlu baris panjang-panjang tunggu giliran. Sempat pergi jumpa kejap dengan lecturers masa belajar dulu... yang dah naik pangkat jadi Dekan pun ada... yang nak sambung belajar pun ada... Cepat betul masa berlalu...banyak yang dah berubah... Tiba-tiba terasa diri ini sudah tua... hehehehe....




Encik hasben excited gila sampaikan nak gantung kad matrik sejurus selepas dapat. Hahahaha...
padahal masa degree dulu tak pernah pakai kad matrik langsung!!!!



Belajar rajin2 tau!!! mesti dapat nombor satu selalu! ;)


okay... tiada kena mengena...

tata