Thursday, July 30, 2009

kuih raya


Ramadhan dah makin dekat. Hari ini baru terkial-kial mula berpuasa. Bukan apa.. puasa ganti. hehehehe... yang sebenarnya saya sendiri lost count berapa hari lagi yang perlu di ganti... jadi, kena puasa sebanyak yang mungkin dan yang terlarat supaya hutang terbayar.. 1 minggu sudah mencukupi rasanya... InsyaAllah...
This year would be my first year akan ber'Ramadhan' dan beraya sebagai seorang isteri. Cuak beb.. bukan apa... kena pikir pasal baju raya sendiri n suami... bangun awal masak sahur.. juadah berbuka... lokasi pilihan untuk beraya.. kuih raya.. langsir rumah... set sofa baru.. bekas kuih raya... rendang... ketupat... bajet duit raya... okay...cukupp..cukup....lebih-lebih pulak.. FeWhhh..!!!!

Kalau masa zaman keanak-daraan dolu2 senang la den... semua pa & ma yang tanggung. Dari persiapan puasa dan raya sampai ke bayar zakat. tak pernah ambil pusing. Lenggang kangkung je beraya.

sekarang... hambik kau... hahaha... (apa ni gelakkan diri sendiri!!!!) ok sori...

Sebab sudah terbiasa dengan lifestyle secara sederhana maybe saya akan usulkan beberapa cadangan inih kepada pihak suami...

  • Recycle je balik baju raya tahun lepas-lepas.
  • Penuhkan aktiviti ziarah rumah orang so bila orang datang rumah kita tiada di rumah. Makanya... tak perlu sediakan juadah raya banyak2. hehehehe... (gurau!)
  • Berbuka puasa di masjid tiap hari. Kalau ada lebih, tapau bawa balik rumah untuk sahur. :p
  • etc.. etc...
Apapun... kawan-kawan...,
yang penting ibadat di Bulan Ramadhan kena pau sebanyak yang boleh. InsyaAllah... Sekali setahun je peluang tu. Dah la bulan-bulan lain ibadat tak cukup. hehe... Kalau beraya sederhana pun apa salahnya kan? Yang penting kemeriahan menyambut. betul tak?



Yang sebenarnya..............





saya baru sahaja menempah kuih raya pagi tadi. kih kih kih... Mesti kau kata aku nih tak sabar-sabar nak raya kan??? Okay.. sila berhenti mengutuk sekarang!!! fewh...

Alaaa... dua jenis je pun... Mula-mula terkejut jugak bila jiran rumah sebelah offer untuk tempahan kuih raya nanti. Awal nya??? Puasa pun belum start lagi. Tapi takkan nak tolak. Tak baik tau.. sebagai jiran yang baik. hehehe...

Okay.. sekian... tata...


gambar tiada kena-mengena.

Wednesday, July 22, 2009

diari penganggur terhormat

Sehabis latihan mengajar dalam sebulan yang lepas, ... (eh sebulan dah?!! cepat betul masa berlalu) whewwww... Mari kita recall balik beberapa perkara yang telah saya lalui sepanjang tempoh yang amat seronok inih...


1. jadi peneman si kaki bola...



yeay! Akhirnya suami ku tidak kempunan menengok M.U beraksi kerana tiket sold out untuk match sabtu lepas.


M.U vs. Harimau Malaya. Go Malaysia!!!



2. Parenting Class


adorable Alia & mak cu

alia n pak cu

bizinya yang.... ini baru tiga anak... nak tengok tiwi pun susah.


more kids?? think again.. :p


pose action kamen istimewa dari ee'am utk mak cu



3. Lawatan sambil belajar Part I

lawatan sambil belajar ke shah alam. *meng'usha' potential dream home. Sila bermimpi sekarang. semoga mimpi menjadi kenyataan. hihi..


mmmmmmm.... :)


nice neighbourhood...




4. Lawatan sambil belajar Part II

I've never been to zoo before. so encik hasben telah menunaikan hasrat saya beberapa minggu yang lepas. hehe... Here's some of the pictures taken. tak larat nak upload semua. EnjoY!!

Zoo!!!!


itu burung kah? angsa kah?


jika anda berketurunan jawa, sila bangga sekarang. *rusa dusun takda kah?? heee..


sabar lah wahai rusa... kalau makhluk inih lulusan universiti mesti dia dah sue orang yang letak nama nih.


this creatures remind me of my late BONNIE *arwah hamster yang saya bela beberapa tahun lalu.


nama spesis ini ialah CAPYBARA. largest tikus in the world. Whoah!!


siapa kuat?



enchik unta yang telah menukar kewarganegaraan Malaysia.


tahukah kawan-kawan...otak burung unta sebesar matanya sahaja *tiru iklan astro


ice-cream break...


meet mr. & mrs jirapah


pheewiiit... luv is in the air...


hellow gorgeous...


nyum nyum nyum...



what??? swimming tiger???


lawatan ke Zoo tidak akan sempurna tanpa bertemu anda encik singa...


okay sekarang pilih... saya atau dia??


tata... jas n bern... nanti datang lagi yaaa....




gambar tambahan....


taken OTW nak balik rumah...



Friday, July 10, 2009

what the @#$%^%$^???

PERHATIAN.. PERHATIAN...kalau anda mempunyai banyak akaun emel sila pantau SEMUA emel anda setiap masa.

just checked my second emel (yang jarang2 diguna kerana purpose of this email hanyalah untuk urusan rasmi sahaja) namun amat mengejutkan kerana ada notification daripada frenster suruh aku verify email address. Ingat2 balik mana ada aku buka akaun frenster guna inih emel address... okay.. maybe ada pernah create akaun tersebut tetapi terlupa. Maka saya pun mencuba untuk verify tetapi perlu log-in juga. malangnya semua password tidak boley guna juga... okay jom kita investigate sama-sama...

turns out... ada moron guna emel address tersebut untuk membuka akaun friendster.. Malang sekali tidak dapat di log masuk atau log-in akaun frenster itu kerana password tidak diketahui. sabar..sabar...

apa susah... just click "lupa kata laluan"..... tadaaaa... paswerd sudah di send ke emel anda... cek it out... memang ada makhluk yang telah memanipulasikan emel address saya tadi. memang ^%@#$%^&(&* punya budak! hangin tul pale hotak aku... dah la join benda yang bukan2... jeng jeng jeng... mesti anda mahu tahu apa dia kan??? Okay... setelah di explore akaun yang ada moron tolong bukakan tadi... sungguh banyak gambar porno dan hal-hal yang berkaitan dengan gay boy association la tah apa apa... whhooppsss... hehe.. aku tengok sekali imbas saja taawww... *sumpah! tak tipu...

okay... mungkin problemnya tidak signifikan tapii... for me.. it's a violation of my privacy!!! sebab people can access to your friendster account just by using your emel address.. bayangkan kalau ada kawan2 yang ingin add anda dengan hanya menggunakan emel address anda dan keluar gambar orang tak pakai baju... bayangkan... eh.. saya bukan suruh anda bayangkan gambar bugil itu ye.. please... just imagine the situation... sedikit sebanyak.. akan menjejaskan nama harum semerbak anda.. betul? dan bayangkan kalau anda sedang berkempen untuk kerusi parlimen dan orang ingat anda seorang yang tidak berhemah kerana perkara tadi...

the good thing is.. itu cilakak baru saje register that frenster account few weeks ago and the cilakak thing takde la banyak sgt lagi. bila klik "NEW FRIEND REQUEST" ada request dari one of my fren, ustaz lalan. Okay sudah di reject. sila request di akaun friendster (using the other email address) yang suci murni. sekian terima kasih. Nah... tengok!!! kan sudah ku bilang...

Akaun tadi akan di_tong_sampahkan as soon as possible. akan? yup.. tak sempat delete lagi sebab sangat geram dan ter'update' la inih blog. hahahaha...

haaa... lagi satu nak tambah... kalau rajin.. check balik no telefon anda yang sudah di terminate... kenapa?
few years ago.. i switched to CELCOM instead of maxis(timecel) and what i got?? selepas beberapa lama dan berjumpa kembali kawan-kawan masa belajar dulu... my fren ngadu yang i ni tak senonoh sebab huru-hara kan relationship diorang?? aik.. bila masa?? kononnya saya selalu hantar SMS memburuk-buruk kan pakwe si A. huh... fitnah!! tapi masakan pokok menari kalau tidak di tiup hangin... tapi alhamdulillah si A sudahpun selamat kawen dengan pakwe dia itu. Si B pulak mengadu bla bla bla.... dem it!!! Apa salahku dipersalahkan benda yang bukan aku lakukan??? so cek punya cek... itu nombor yang sudah di terminate beberapa tahun sebelumnya di recycled kepada seorang insan yang BUDUH dan apabila my friends contact that number... dia mengaku atau menyamar menjadi saya. Sebab kepala sangat sakit dan hati sangat panas, saya terus kol nombor itu. Memang... masih "hidup"... tapi si budusss takut mahu angkat dan mengaku kesilapan dia. I donnow sudah berapa orang yang dia tipu atau sudah berapa orang rakan saya yang dia api-api kan... wait a sec... maybe itu sebabnya sudah ramai kawan-kawan yang lost contact dengan saya. mungkin itu salah satu sebab... apapun.. tawakkal je laa... padang masyhar kan ada...

moral of the story...Sungguh besar dugaan zaman teknologi bermaklumat inih. feewwwhhh....

Wednesday, July 1, 2009

peladang anggur berjaya

semalam saya bermimpi. lagi. tapi tidak ada kena mengena dengan makhluk amfibia mahupun yang bertulang belakang. mimpi kena posting ke PSA. YEhuuuww!!! memang itu impian kerjaya saya setakat inih. hehehe... sebab, mengikut perkiraan.. PSA sahaja poli yang paling hampir dengan rumah. kalau tak... mahu kena duduk jauh dengan encik husband. 

"akak mintak poli mana nanti?" tanya Ilun di suatu masa dulu...

"mestilah yang paling dekat rumah. Shah Alam."

"mimpi la kak... poli paling hot tu. Ramai minta sana tapi tak dapat-dapat lagi"

memang dah siap masuk dalam mimpi aku pun Lun........

semoga mimpi menjadi kenyataan.... hehehe..