Friday, April 24, 2009

Catatan Terakhir Di Parit Raja (Part 2)

Aktiviti sambungan selepas makan besar pada malam itu...

mana lagi... BP Walk laa... Kita Ngeteh duluuuuu...


Peluang terakhir berborak sebelum membawa haluan masing-masing..


Apa laaa yang lawak tu...

Sesi photoshoot di Dataran Batu Pahat bermula... tidak percaya ini Dataran BP? Sila perhatikan tugu batu dan pahat di belakang model-model inih...


Tengah ambil mood.. 


something's wrong?


Ini pertandingan cutest butt ke hapa? Mat Syah saja nak penuhkan korum budak pompuan..


Percubaan untuk pose ala-ala gay... haiyooo...


Parit Raja's Next Top Models... hua hua hua...


Take 5.. setelah penat berposing.. Sempat lagi si Muizudin buat free show... kekeke...

 
Tengok tu.. tak habis-habis lagi...


Percubaan pose paling seksi oleh azad... Aaww... Gila kuat aura seksi kau Azad.. siap boleh blurkan model-model yang lain...


Ini pose paling istimewa... menguji ketinggian anda... Time ni lah kami bersyukur tergolong dalam golongan kurang inci... muka depan beb! haha...


Baarisss... siap!!


"Tolong.. kami nak kawin tapi duit tak cukup lagi..."
Aku suruh berlakon jee.. Sungguh-sungguh pulak si Iza pi marah mangsa terbabit. LOL.. 


Aksi gumbira Muiz dan Huda setelah berjaya melakunkan watak ditangkap basah di batu pahat...

 
Tugu peringatan budak-budak baru habis sekolah... Sempena kemerdekaan yang dicapai beberapa jam yang lepas...


Posing jangan tak posing!!


Sedang berusaha keras untuk merebut title PRNTM...


and the winner is... u decide! :p


Pose terakhir.. masing2 dipaksa memberikan pose yang paling seksi... 
and this picture was taken by.....


 me!!!!! =)


Enjoy!!! 
Buat kawan-kawan semua.. Selamat Berlatihan Mengajar di serata tanah air starting next week....

Terimalah sedas dua pantun dari saya yang tidak seberapa inih... 

Kalau ada jarum yang patah.. Jangan simpan beli yang baru.. kalau ada silap dan salah.. Maafkan je la yee... Ewah!!!



Catatan Akhir Di Parit Raja (Part 1)

Rabu lepas merupakan tarikh kemerdekaan budak-budak MBV(last paper untuk masters degree a.k.a. paper-last-untuk-formal-education-kitaorang-bak-kata-ilun)  dan kami merancang untuk meraikan dengan penuh kesyukuran.. dan kegumbiraan yang tidak terkata...
Walaupun dikejutkan dengan berita yang Dr.Wahid becadang untuk membuat kelas terakhir selepas paper last pada malam itu... kami tetap bergumbira.. bukan apa..sambil buat kelas boleh buat BBQ.. hehehe... 


Earlybirdies... semangat punya pasal.. 7.30 p.m sudah terpacak di UTHM.. :)


Dua orang budak bajet kiut.. okay2.. bagi can la.. memandangkan mereka ini pemegang status ahli termuda dalam kelas..

Agak-agak pistol jenis apa tu lun?


BBQ!!! yeay...
Antara orang-orang kuat dalam tugasan menyediakan makanan...

Posing-posing anak dara dan tak dara Seksyen 1.. nih masih tahap malu-malu lagi...

Haa.. tengok tu!! Kalau anda perasan ada makhluk turut berposing di bawah meja tersebut.. Sorry mr.Jaki... berani buat berani tanggung... kah kah kah...


Biasalah... kalau jumpa kamera memang pantang diorang inih.. 

 
Beginilah caranya menghabiskan masa sementara menunggu makanan siap..


Walaupun makanan sudah siap..


Encik Fotografer saja nak tunjuk yang aku melantak tak hengat dunia pada malam itu.. nasib baik sempat cover.. hehe...

nyum nyum...

Who don't luv makan-makan... tengok tu, Encik fotografer suruh posing pon tak layan... 



muka-muka kenyang yang amat... Alhamdulillah...



to be continued.....


Tuesday, April 21, 2009

Baru Ingat Nak Insaf...

Tengah bermalas-malasan takmoh baca nota. tetiba satu sinar menjelma apabila si Razak menghantar satu file yang bertajuk "HINT KEPIMPINAN.docx" kat YM aku. waaa... nak stadi laa... ada hinttt...


Muka hepi gila macam muka upin ipin dapat ayam goreng...


Bila bukak file tersebut... anda tahukah apa isi kandungan hint yang kami nak sangat itu?? anda tahukah???

!
!
!
!
!
!
!
!
!



aku tak pasti.. nak marah ke.. nak gelak...

haa... kan tak pasal2 dah ter'update' blog aku neh...



PSSTT: Lain kali study awal-awal... jangan asyik mengharapkan hint2 yang tak pasti.. (Pesanan buat diri sendiri dan kawan-kawan yang se'habitat' denganku)...

Monday, April 20, 2009

Entri Budak Sekolah Yang Malas Tahap Gaban

Yeeehooww.. dua paper sudah diharungi dengan penuh gaya... 
Esok last paper .. mungkinkah esok yang paling LAST di sepanjang hidup saya inih? Pening mengenangkan nota Leadership & Management yang berlambak perlu di baca.. What the *&%^... Okay.. rileks kejap... kalau malas sangat.. sediakan otak untuk menggoreng sahaja esok. Jangan kau susahkan hati memikirkan nota-nota yang menjerit-jerit minta dibaca.. Persetankan...

Hehehe.. 
BOleh ke???
Bagi mengurangkan bebanan hotak memikirkan nota yang perlu dibaca (laa...ingatkan tgh fikir pasal nota yang sedang dibaca!) ya.. belum baca sudah terasa kepeningannya... saya mengambil keputusan untuk menghiburkan diri.. hidup kena hepi.. kata orang yang malas study...

Okay..okay... back to work!!!


on your mark.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
get set... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ZZZzzzZZZzzzZzzz 


 

Photo Editing (Part 1).  Kerja sekolah kau malas... ini kerja kau yaa!!!



PSSTTT: Ada tips untuk paper esok taK?

Sunday, April 19, 2009

TiPs menghadapi hari peperiksaan

Esok hari exam.. Maknanya ini weekend terakhir yang akan disambut di Parit Raja.. yeehuuwww...

Saya bukan apa.. excited hendak merasa duduk serumah dengan encik husband. Walaupun masih ada secubit rasa bimbang. Maklumlah sudah biasa hidup membujang.. hik hik hik...

Apa??! Exam!!! Secara jujur.. belum baca buku lagi.. ngeh3.. walaupun saya sudah berjanji kepada encik Imran supaya mula mengulangkaji pelajaran dua tiga hari yang lepas lagi..


Highlight hari ini...

Saya berpuasa ganti (Puasa!!! akhirnya insaf jugak aku.. hehehe) kerana ter'sahur' pada pagi tadi setelah dikejutkan oleh encik Imran pada pukul 3 pagi. entah tetiba saya teringin memasak dan hasilnya (walaupun tidak seberapa)


tak sempat nak touch-up bihun goreng ini... dah tak sabar nak makan.. :p


Agak mengenyangkan dan menimbulkan keinsafan eh..eh.. keinginan untuk berpuasa setelah lama gila tidak berpuasa. Okay.. selepas subuh.. saya berazam untuk tidak sambung tidur bagi merealisasikan azam untuk menjadi morning-person (azam lama yang sampai sekarang belum tercapai!) dan sepatutnya saya mengulangkaji untuk peperiksaan esok, namun... tiba-tiba teringat pesan mama semasa menalifon beliau semalam..

"kad jemputan sudah siap?"

Alamak!! lupa plak bulan enam nih ada kenduri kawen lagi.. Itu la bahana nikah gantung.. hehehe..

Saya dengan semangat waja menghidupkan printer dan mengeluarkan bahan-bahan untuk aktiviti pagi tadi dan hasilnya....

Sempat print envelope sahaja.. KAD akan menyusul..

nak jimat punya pasal.. nyusahkan diri sendiri di musim exam.. ceh..ceh..ceh.. padahal ngelat nak stadi.. huh.. Tapi sebenarnya enjoy jugak buat kad kawin sendiri nih.. Ada jugak kenang-kenangan untuk kawan-kawan.. Tapi kad nih aku buat limited edition (padahal nak reduce cost)dan untuk kenduri di SABAH sahaja. So siapa rasa nak+boleh datang sila SMS alamat anda ok!

Setelah penat sedikit saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar dah akhirnya hanyut dibuai mimpi sehingga pukul 12 tengahari!! siap mimpi2 dah ter'buka' puasa lagi... duh!
Eh.. eh.. alamak!! Kelas memandu!!! Talipon cikgu memandu... Lepas Zohor bergegas ke sekolah..

Cikgu feveret (feveret sebab cikgu yang ini tidak pernah ambil kesempatan pegang-pegang tangan aku masa nak ajar imbangkan stereng.. and most important tidak pernah marah aku kalau buat silap.. even masa aku ter'mati'kan enjin tengah-tengah traffic light.. Fhewuh!)

"Awak ni dah dapat lesen nanti, mesti suka bawak laju-laju kan?"

Saya menjawab dengan penuh kejujuran...
"Eh.. tak la encik. Bahaya bawak laju-laju nih.."

"Iye la tu... dari cara awak tekan minyak pun saya dah boleh agak"

kui kui kui... kuih samprit.. kan dah kantoi...
Tapi bila di refresh balik... Ada beberapa kali jugak la cikgu memandu saya itu mengingatkan supaya kurangkan laju... mungkinkah benar ramalan beliau itu?? hmmmm...

Hari nih kurang sikit fobia nak drive atas jalan raya... hehehe.. ada kemajuan.. Syukurla.. Sila lah doakan saya supaya mahir memandu dan menjadi seorang pemandu berhemah dalam masa terdekat ini... Aamiinn... Terima kasih...

Sepulangnya dari belajar memandu saya menghidupkan laptop untuk membaca nota paper sosiologi esok dalam bentuk softcopy.. hehehe.. yang sebenarnya mahu surf internet menghiburkan diri.. :P dan terjumpa satu blog (si Perempuan Jomblo) menceritakan cara MEMBUAT FONT SENDIRI!!!! cool...

dan saya telah berjaya menghasilkan jasFONT hasil tulisan tangan sendiri (walaupun tidak cantik mana)


print template kat website then tulis huruf2 dan scan untuk di'upload' ke website untuk di'generate'kan menjadi YOUR VERY OWN FONT!!! Cuba la kawan2.. seronot!!!

siap ada signature lagi!!! senang saja... silakan...

http://www.yourfonts.com/

Magrib semakin hampir... yesss!!! sunyi pulak rumah sewa kami hari nih.. mana semua orang pergi??? kalau tak.. mesti riuh dengan suara si encik Wafi..

Encik wafi sekarang sudah pandai mengetuk pintu bilik dan mengajak main bersama!!! Tengok la tu...

snapshot minggu lepas..masa aku bizi gila siapkan tesis..

dalam banyak-banyak toys yang mama wafi belikan... benda-benda teknologi jugak dia pilih... agaknya besar nanti nak jadi jurutera IT!! :)

"Auntie tak gosok baju nak pi exam lagi eh?? meh wafi tolong gosokkan..."

Semalam.. semasa menalipon Encik Imran..

Saya : "Awak tak pernah jumpa Wafi lagi kan?"

Dia : "A ah.. Nampak gaya macam gatal je wafi tu... Nak kat antie-antie je kan? Kalau dengan saya mesti dia taknak.. tah-tah siap melalak..tak pe la..."

Heeheee... Wafi memang ada potensi.. Senyuman arjuna yang bisa cairkan hati wanita...

Okay... Maghrib dah dekat... Selamat Berbuka!!!

Pssttt: Malam ini mesti stadi!!!!

Saturday, April 18, 2009

Cita-cita

Ingat kah lagi kalian masa zaman sekolah rendah dulu?
Setiap seorang dapat file peribadi kaler kuning cair.. dalam file itu ada senarai cita-cita bermula seawal darjah satu sampai ke darjah enam. Antara cita-cita yang menjadi top ranking masa tu ialah CIKGU, POLIS, DOKTOR, PEGUAM, MAJISTRET eh..eh.. majistret ada kaa? Tapi yang pasti cita-cita yang kita bagi tahu cekgu ialah cita-cita-standard belaka seperti yang saya senaraikan tadi. Betul tak? Saya pun tidak ketinggalan untuk turut serta dalam menyenaraikan cita-cita seperti CIKGU, PEGUAM, bla bla bla... biasala tu.. pemikiran budak sekolah tidak tinggi lagi..

Bila umur semakin menginjak dewasa saya terpikir untuk menjadi seorang penulis. Walaupun sedar diri, yang tiada-bakat-langsung-dalam-penulisan-yang-boleh-dibanggakan.. hik hik..
Mungkin cita-cita itu terbit kerana hanyut dengan buku cerita yang saya selalu baca pada zaman itu. Selepas habis baca sebuah buku.. pasti berangan hendak menulis cerita sendiri.

Saya bukan apa... masa sekolah rendah dulu saya boleh dikategorikan sebagai ulat buku atau mungkin tahap cacing buku sahaja... Bukti? tanya mak saya. Tiap kali hujung minggu pasti saya ke Perpustakaan Daerah.. siap ada membership taww! Bayangkan budak sekolah rendah masa tu... Saya dengan bangga menjinjit buku-buku cerita yang saya pinjam terutama bila menaiki bas untuk ke pekan. Balik rumah pasti ada buku baru yang saya pinjam. Setiap kali mama mengajak saya untuk menemankan beliau ke pasar hujung minggu (dalam adik-beradik saya merupakan anak faveret untuk dibawa ke pasar setiap hujung minggu, mungkin kerana jenis yang tidak suka minta beli itu ini seperti barang mainan) saya akan mencuri peluang untuk singgah di perpustakaan..
Entahlaa.. saya pun hairan bagaimana saya boleh se'ulat' itu (pada zaman itu).

Mungkin sebab dulu.. entertainment kurang.. Mana ada astro lagi zaman tu. Internet apatah lagi.. kalau ada pun.. ilmu komputer sangat daif.. biasalah kehidupan di sebuah pekan kecil yang permai... semua suci belaka... (zaman itu laa).. Natijahnya, buku cerita la antara sumber hiburan pada masa itu. Oleh kerana saya dianugerahkan dengan mak bapak yang jarang dan hampir tidak pernah membelikan buku-buku cerita untuk anak-anak.. **buku pelajaran sahaja ok! jadi saya mengambil inisiatif untuk menziarahi state library untuk memuaskan tuntutan hiburan.. GUNAKAN KEMUDAHAN YANG ADA... hehehe...

okay.. berbalik kepada cita-cita saya tadi...
owh.. cita-cita itu semakin terkubur.. semenjak masuk sekolah berasrama.. jauh dari keluarga.. rutin hujung minggu saya turut berubah. Perpustakaan masih menjadi tempat faveret.. tapi sebagai port untuk tidur.. Standard la tu kalau budak hostel.. okay..mungkin bukan semua. Bukan apa.. perpustakaan sekolah kan ada air-cond.. jadi sila paham-paham sendiri ok... Paling tidak senonoh.. masa bulan puasa.. buat-buat rajin lepak di library sekolah. Aim pertama ialah buku-buku yang ada unsur gambar masakan/makanan.. Layan syahdu beb!!! sampai hampir meleleh-leleh!!! hahaha...

Saya mula berjinak-jinak dengan novel tebal berinci- kalau bukan dari perpustakaan saya lebih gemar meminjam dari kawan-kawan yang berkoleksi.. Biasalah.. hendak pinjam buku cerita pun ada turn jugak tau!!!

"Eh.. lepas kau baca siapa? aku nak pinjam jugak..."

"Lepas aku, Zeti.. lepas tu Timah, lepas Timah.. Jijah, lepas Jijah.. Kuza.. Lepas Kuza.. Siti mintak balik buku ni."

Damn! keciwa.. iya lah.. stok buku cerita best mana nak dapat kat library...
Mau tidak mau.. layankan aja... haih!

Tapi zaman makin berubah... Keinginan membaca juga semakin kurang.. Bila dah masuk U.. makin malas membaca.. alasan.. Baik baca buku pelajaran.. (walaupun sebenarnya itu hanya alasan semata-mata).. beli buku THERMODYNAMICS yang berharga RM60++ tapi haram tak baca. Eksen je lebih.. Time exam semakin hampir baru sebok selak buku.. itu pun cari yang rasa-rasa masuk exam.. What a shame!! Kalau buat statistik berapa buah buku baca tahun ini... hmm... u better not know... Apa nih?!!! Arghhh...

Mungkin saya patut tanamkan azam baru.. supaya lebih rajin MEMBACA mulai dari saat ini... dan juga mungkin menghidupkan kembali cita-cita untuk menulis.. ya sebagai penulis..

sekian...

NOTA JARI KAKI: 90% buku yang saya beli sepanjang tahun ini tidak pernah dibaca sejauh bab kedua... Gila!

Friday, April 17, 2009

"little imperfections that make them perfect"

lagi satu minggu sahaja lagi...
selepas ini.. no more weekend trip to meet my mr.Imran..
ya kami akan menempuh phase baru as a husband n wife.. quite exciting i should say... saya akan menamatkan "kehidupan bujang" di Parit Raja dan akan berhijrah (menetap sepenuh masa) di Klang lagi seminggu.. InsyaAllah...


Memang..
memang kami sudah disatukan almost 3 months ago.. tapi duduk jauh-jauh.. paling lama we spent time together (selepas diijab-kabulkan) pun tak sampai lima hari... so i guess, this is quite big for us!!..


macam-macam yang saya fikirkan tentang titik 'mula' kehidupan kami nanti...


memang la best duduk sebumbung.. tapi..
kadang-kadang fikiran nakal saya menghasut..
kalau ter'gaduh' nanti, saya nak lari ke mana? ye laa.. "orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit"...
ya.. kalau zaman bercinta dulu boleh la.. gaduh sikit, off handphone.. tak payah nak ngadap muka masing-masing..


don't get me wrong..
bukan saya tak sayang.. bukan saya tak cinta...
tapi sebab sayang dan cinta sangat-sangat la saya bimbang akan ada friction atau 'ombak besar' dalam relationship kami.. bukan baru setahun dua pun kami kenal.. almost 8 years.. kalau ada anak dah masuk darjah dua!! hehehe...


Pagi tadi saya ada terbaca satu blog tentang isteri yang cannot stand her husband.. tak pasti kawin paksa or pilihan hati sendiri. Saya pun hairan bin ajaib kenapa marah betul dia kat suami dia. benci yang amat... Saya membuat spekulasi sendiri.. mungkin life after marriage is not a heaven for everyone..
ada juga kes: masa bercinta bahagia sampai langit ke tujuh.. lepas kawin.. masing-masing saling berbunuhan.. hate each other... Astaghfirullah...
mungkin sebab bila kita sudah mengenali secara mendalam orang yang kita sayang sayang itu.. makin banyak kekurangan dan kelemahan atau keburukan dia yang kita baru tahu.. dan mungkin ada yang kita tidak boleh accept and choose to hate him/her. Owh.. gerunnya saya bila memikirkan hal ini...


Masa saya mula2 khabarkan kepada orang tua saya keputusan untuk menamatkan zaman huha dulu.. My mom asked: sama ada saya sudah bulat hati nak hidup dengan dia? Is he the "one"?
agaknya supaya tiada penyesalan belakang hari.
Saya pelik juga.. sebab salah satu impian saya ialah untuk berkahwin dengan orang yang saya sayang itu (dia!).. **gatal! hehe..
Okay.. but then sekarang baru saya faham.. kawin bukan perkara main-main.. Tapi saya bersyukur sangat-sangat kerana suami saya seorang yang memang saya harapkan.. walaupun memang ada kekurangan dan kelemahan yang buatkan saya geram kadang-kadang...
tapi saya mampu terima sebab saya sendiri banyak kekurangan (sedar diri.. hehe) and he can accept and live with it (without regret).. Owh.. thanks awak!!! :')


bila saya tengok short commercial video di bawah ni.. i can't help it.. teary la jugak.. Okay2.. i admit it.. saya memang cengeng sikit... huhu..


what i'm trying to say is..
sometimes we tend to hate the person that we love the most even for a tiny reason.. tapi yang sebenarnya.. that beautiful imperfection itu la yang membuatkan hidup kita perfect..


sekian..






nota sambilan:
oh, Thank God.. my Imran didn't snores.. hehe..



Wednesday, April 15, 2009

another TSUNAMI???


Desas desus tsunami akan berlaku lagi pada tahun ini!!! 22 Julai 2009... aiyok..dah dekat tuuu...

ini emel yang saya terima beberapa hari yang lalu dan mungkin ramai juga antara kawan-kawan yang turut menerima emel sebegini...

"Hello there. I just wanted 2 let you know that please stay away from the beaches all around in the month of July. There is a prediction that there will be another tsunami hitting on July 22nd. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going 2 be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia, Philippines are going 2 be badly hit. Please try and stay away from the beaches in July. Better 2 be safe than sorry. Please pass the word around. Please also pray for all beings."


Well, from my point of view... kalau pun betul ini hanya khabar angin... why not ambil langkah berjaga-jaga kan? Kalau Allah nak turunkan bala sekarang pun boleh... tak semestinya bulan Julai nanti..
Apa yang penting?? kerjasa.. eh..
SELALU INGAT ALLAH. Kalau banyak dosa cepat2 minta ampun.

Pesanan masyarakat ini dibawakan untuk saya sendiri dan rakan2 di luar sana...

Nota kaki: Ya Allah... banyak nya dosa... bila mau taubat?

Tuesday, April 14, 2009

BP Walk

Aktiviti hari ini..
  • Siang - Meng'edit' tesis yang tak siap-siap
  • Tengahari - Still meng'edit'
  • Petang - Muak tahap gaban sampai hendak ter'munth"... Layan tido jap
  • Maghrib - Saya menerima pelawaan ilun dan rakan-rakan untuk mencuri sedikit masa berlibur di BP walk (sambil menghantar cik Nurulhuda ke stesen bus BP) dan inilah hasilnya...

setelah hampir sepuluh minit tidak berjaya menyeberangi jalan yang sebok.. kami mengambil keputusan untuk mengabadikan gambar inih... tengok muka diorang tu... hepi je kan? cover la tu... hahahhaha...


Muka bangga ilun yang tidak terperi setelah berjaya menyeberangi jalan yang sibuk ituh.


Gambar ini memang setting blur khas untuk si gadis pemalu :")



Yaa!!! itu kami!!! Saya dan cik Nurulhuda yang akan berlepas ke Ipoh pada pukul 10 malam.




Nota Kaki Tangan:
Tahniah kepada pasukan OldStars yg berjaya menjadi juara tournament futsal NEC pada hari Ahad yang lepas...
p/s: tak nak belanja kee? dgr cerita dapat hadiah lumayan.. :))


Snapshot mamarazzi di sebalik belukar semasa kapten pasukan tengah brainwashed(cuci-otak) anak2 buah supaya menang walau-apa-pun-yang-akan-terjadi pada hari itu.
Sekian.