Tuesday, March 31, 2009

Hampir Ke Situ...


Ya... kita hampir ke situ... di mana?? di penghujung jalan... hmm...actually i'm just gonna said penghujung semester...


Minggu 13 to_do_list

-submit thesis (which i didn't YET!) Kalau encik Imran telefon malam-malam tanya tengah buat apa? Saya akan menjawab "tengah ambik mood".


encik Imran: Huih lama betul awak ambil mood. ingatkan tengah-duduk diam-diam (okay this phrase sudah di paten oleh saya ok...because few weeks ago when my mummy-in-law called, i said tengah duduk diam-diam when she asked tengah buat apa?. Habis aku kena gelak dengan ibu mertuaku.. sambil beliau menjawab "Mak tengah_____nih..." gosh i forgot what she said but something opposite to my answer lah.. hehe... BERTUAHNYA DAPAT IBU MERTUA WITH A SENSE OF HUMOUR...


encik Imran: Bila nak submit? setelkan cepat2. nanti boleh balik sini...


Saya: Memang nak hantar pun... pagi tadi dah kasik kat supervisor tapi dia tak bukak pun...siap bagi balik kat kita. penat je print lawa2. lepas nih nak submit kertas kosong je la. buat muka depan saja. bukan beliau baca pun...


encik Imran: Ok jugak tu.. in case dia bukak report awak tu.. kalau dia tanya kenapa takda tulis apa2.. awak cakap 'siapa tak nampak anak *****'


kuang kuang kuang....


~~~~~~Conversation Part Two


Saya: Esok nak submit borang posting. NAk letak negeri mana? dalam borang ada tiga tempat kosong.


encik Imran: letak la yang dekat2. Selangor, Negeri sembilan, Melaka..


Saya: Letak satu saja tidak boleh kah? Nanti diorang ingat kita willing nak kerja kat tempat lain...


encik Imran: Kat tepi negeri Selangor awak tulis 'nak sangat'.. Negeri sembilan 'don't want'.. Negeri Melaka 'don't care'...


............lalalalala................




Ya kawan-kawan... itulah dilema bakal kerja dengan kerajaan nih... Selamat mengisi borang!!!

7 FACTS ABOUT MY MOM

1. Beliau seorang yang sporting walaupun tidak pernah bersukan *sport (never in my life aku tengok mak aku bersukan. so i would like to blame her for menurunkan genetik kaki bangku kepada saya).

2. kami membahasakan beliau sebagai MAMA tetapi memanggil beliau dengan panggilan 'MAK'. Saya teringin sangat memanggil beliau OMMA tapi kedengaran poyo pulak.. sebab dalam cerita korea kan biasanya mereka memanggil mak mereka dengan nada gedik(gedik santai ke?) skali..

3. Setiap kali mengakhiri perbualan (telefon) beliau akan menjawab salam (biasa lah anak solehah akan memberi salam dahulu.. padahal nak jimat kredit nak hang-up cepat2. huh!) + bubye + daaa....

4. Saya amat menggemari masakan beliau even the simplest dishes (chewah ayat bodek!) tapi betul la weh.. pernah masa aku kecik2 dulu my mom masak kari ayam.. fuyhhh!!! meleleh air liur kalau hengat! Dengan kapasiti perut yang agak kecil pada ketika itu.. saya dengan machonya menambah nasik sampai tiga pinggan (lebih rasanya). turns out.. sampai termuntah (yerkh!!) kerana perut ku sudah terlalu penuh tetapi dek ketamakan mahu jugak tambah.. kerana kari ayam mak aku yang super deliciouss bak kata my husband.. sampai terangkat bulu bontot (eish tak senunuh la u nih!!!) hahaha... (again.. i blame her) Itulah salah satu kenangan pasal masakan mak aku yang tidak akan kulupakan... mama.. u rox!!
Even sampai sekarang... kalau balik bercuti rumah mak.. saya selalu minta mak masakkan untuk saya. Dan beliau akan berkata "Apa ni anak dara (anak dara lagi ke? hehe) malas masak!!"

5. My mom akan pergi ke majlis penyampaian hadiah, mesyuarat PIBG, etc yang melibatkan sekolah anak2 beliau hanya jika ada makan-makan. Kalau sekolah buat event/meeting time bulan puasa jangan harap la mak aku nak datang.. hahaha...

6. Mak saya akan sangat excited bilamana kami membawa kawan balik rumah. dan beliau akan banyak bertanya itu ini.. So, bila mahu membawa kawan balik rumah saya akan mengingatkan mama supaya sila jangan menginterview kawan saya lebih-lebih. Tapi sama jugak... huh...

7. My mom is very supportive.. even masa aku tipu adik aku yang bongsu.. aku cakap yang adik aku tu anak angkat sahaja.. (supaya adik tidak suka2 kontrol remote tv) then my mom siap tambah-tambah lagi yang adik bongsu kami itu di adopt dari sebuah kampung pedalaman dan adik mempunyai adik beradik seramai tujuh orang yang masih kecil2 lagi.. hahahaha...




mama.. i miss u...


Sekian...

p/S: Agak-agak kalau my mom read this post dia suka tak??

Monday, March 30, 2009

SuPrEME WeeKenD

ANda berKahwin dengan Seorang sUami yang SuPER apabila si dia...


1. sanggup MenempUh taffic Jam (walaupun itu adalah salah satu list dalam hidup beliau yang Paling dibenci) untuk drive ke kL dan mengambil jaLan Bijak dengan memarkir kereta di KL sentraL dan menaiki Tren (dua kali tukar tren!) ke stesen bus Puduraya untuk Menjemput si isteri seBaik habis waktu bekerja beliau (supaya si Isteri tidak terkulat-kulat menanti distesen bas).


Walaupun bus sampai sejam lewat (kalau aku tahu bus Transnasional BP ke KL...akan menyinggah ke Muar takkan ku naik bas itu. wasting my precious 1 hour!!! ala2 bus SE dan Cepat (padahal lembap nak mamph!) **naiklah bus non stop BP-KL ~KKKL atau SS internasional. chewah promote..) tetapi beliau tidak bersungut kerana terpaksa menanti selama sejam di puduraya malah menyambut anda dengan senyuman paling manis sambil mengunyah Dunkin Donut (eh... itu nama kedai) donut dan memimpin tangan anda menuju ke stesen monorail ala2 budak sekolah dating kat KL.


suami: yang yang...hari ini kita naik pengangkutan awam ye.. malas nak beat the traffic.



dan anda sebagai isteri yang solehah akan tersenyum sahaja.



2. Suami akan membawakan makan malam ala2 breakfast in bed apabila anda terlalu busy dan terlupa menyediakan makan malam untuk beliau.



3. si suami sanggup menghampakan pasukan futsal ofis beliau untuk tidak bermain kejohanan pada hari tersebut kerana mahu menemani anda sepanjang hari.



4. suami anda kepingin makan gulai ayam lemak cili api dan meminta mak mertua anda mengajarkan anda cara-cara memasak kesukaan beliau itu. tetapi akhirnya anda hanya perlu menjadi pembantu chef kerana beliau yang terlebih excited hendak memasak. anda hanya perlu menjadi tukang rasa dan memberikan rating terhadap masakan tersebut (aik terbalik pulak!)


5. Suami anda memuji anda melambung-lambung sambil menari-nari kesukaan apabila anda berjaya menyediakan dessert yang anda adaptasi daripada menu KFC dan menikmatinya dengan mata penuh bersinar walhal beliau tahu kek tersebut bukan anda yang membakarnya. (hihihi)









Tadaaa... kek coklat moist (beli kat Giant je sebab tak reti nak masak sendiri) + ice cream kiwi + chocolate sauce + choc rice. **Mohon maaf gambar gulai lemak tidak dapat disiarkan kerana telah habis dimakan sebelum sempat di snap shot kan buat tatapan umum..




sila rujuk Set E *Nota tambahan: Si dia memuji bahawa kek coklat yang anda sediakan lebih sedap daripada set E KFC tersebut (sempat! hehe..).

6. suami anda tidak berkecil hati apabila mengetahui bahawa mak anda kehilangan buku bank tetapi terlupa untuk menceritakan kepada beliau. Beliau hanya mengetahui perkara tersebut daripada Blog anda. Oh ya.. beliau sempat memuji ke'best'an blog anda tersebut (okay.. okay ayat last itu adalah hasil nukilan saya sendiri. ehehe)





7. anda terjumpa surat-surat cinta yang anda tuliskan kepada beliau semasa zaman bercinta dulu masih tersimpan rapi semasa anda mengemaskan rak buku beliau dan anda menangis terharu apabila mengenangkan zaman bercinta kamu yang indah itu. sob sob*





Akhirnya anda merasa sangat bertuah dan men'dedicated'kan post ini kepada beliau.

Thursday, March 26, 2009

KPP - Ketua Panel Penilai


akhirnya keluar juga list yang ditunggu-tunggu itu...


Good luck to all MBVians!!!


selamat berpesta PS dan menempuh alam VIVA (bukan kereta viva perodua tu ok!) lagi seminggu lebih saja lagi.


babies season...

last time i checked... most of my married friends are pregnant!!! wana dijangka bersalin september nanti... wawa bulan empat ni... zana bulan september gak... oh ye... housemates saya pun dua-dua tengah pregnant.. even my high-school-fren's wife pon dah dua bulan pregnant!! Awal 2009 my cousin dapat baby baru...The last 2 weeks, kakak ipar saya selamat melahirkan baby gurl cumel yang diberi nama Dzureen Alia Batrisya. and the list goes on... nampaknya 2009 nih akan ramai baby-baby cute yang akan muncul... hohoho..

the other day.. my mom called.. kebetulan masa tu wafi si hensem boy tengah ketuk2 my pintu bilik... diiringi dengan 'celoteh' dia yang wawawa... rasa macam hendak cubit2 je pipi itu....

assalamualaikum... antie... oo antie... *sila baca cara upin ipin bagi salam kat tok dalang.

then my mom said...


"seronok ya duduk rumah yang ada budak kecil. Boleh main2.. tidak la bosan. kan kan kan?"


terus aku tukar topik... kang melalut, lain pulak kesnya...




jemput la masuk wafi... pintu tak kunci...

hai wafi....*sigh

Wednesday, March 25, 2009

UiTM dihatiku...

yesterday encik Imran pun ponteng kerja macam aku ponteng kelas.. beliau menghadiri sesi temuduga di UiTM Shah Alam. Itu dia.. seorang lagi engineer yang sudah tidak mahu menjadi engineer dan ingin menjadi pensyarah. maybe sebab... dengar cerita jadi pensyarah amatlah senang kerjanya... kalau malas mengajar batalkan saja kelasnya.. hehehe...


beberapa minit selepas diinterview oleh 6 orang panel (pensyarah2 fakulti kami dahulu)... encik imran menghubungi saya...
saya : haa... macamana?

encik imran : dah selamat... tadi datuk yang interview. guna dua slide je td, diorng dah suruh berhenti. tapi diorang kata slide menarik (apa tidaknya.. nak buat mock teaching je pon tp guna slide koswer aku.. memang la nampak lebih2.. :p ). Speaking tadi main hantam je.. nasib baik panel yang orang putih tu kata paham. blaa...bla.. bla...

saya : habis tu? ada harapan tak?

encik imran : entah la. tapi Encik Azli supervisor bern dulu tu dah buat reccomendation kat datuk. mintak2 dapat laa... awak doakan la sekali ye...(dengan nada penuh mengharap). oh ye.. tadi jumpa PA (*Penasihat akademik) awak.. borak-borak jap. dah bagitau kita dah kawen. dia tanya kenapa tak jemput. nanti klu buat kenduri dia suruh hantar kad.

saya : aik... Encik Wan ingat lagi ke kat kita?

encik imran : hmm... ingat... dia kata budak perempuan sabah yang suka bagi kad time raya tuu...


senyum...


**mintak2 dapat la... tak payah aku susah2 drive masa nak pergi Latihan mengajar di Poli S.Alam nanti... heee...


rindunya kat UiTM...

bukan hanya sebab Encik Wan yang hensem tu still ingat kat aku. tapi banyak faktor2 yang buatkan aku selalu rindukan UiTM... oh ya... **nota tambahan... Encik Wan tu sebenarnya penasihat akademik saya sepanjang diploma n degree... so.. kalau beliau tidak mengingati saya.. memang melampau la... heee...


kenapakah saya sangat suka uitm??

1. aku dulu belajar 6 tahun kat UiTM starting 2000. aku hengat lagi nombor pelajar aku masa itu 2000194434! anda bagaimana? masih ingatkah?? heee...

2. Selepas habis diploma 3 tahun, aku malas hendak apply kerja so aku apply sambung degree di UiTM. maybe sebab masa tu atas dorongan encik Imran kerana beliau pun sambung degree di sana juga. tetapi aku tolak tawaran Uitm masa tu sebab merajuk (pasal apa tah) ngn dia. so aku dengan selamba balik ke sabah menganggurkan diri selama enam bulan. the next sem aku try apply lagi.. alhamdulillah aku berjaya dan dikurniakan nombor pelajar 2004215468. (huu...sapa kata aku tak ingat!).

3. bas UiTM lawa! memang la budak perempuan sahaja yang kongker naik bas sampaikan budak lelaki akan tersipu-sipu apabila hendak menaiki bas. Aku dulu pernah ajak encik Imran dating naik bas UitM pusing-pusing kampus. yang lucunya... beliau nampak kekok amat, macam first time naik jet pun ada. hahaha...

4. Toilet UiTM bersih! tapi kena pandai cari timing.. aku selalu tunggu makcik cleaner habis sental baru aku sebok nak gunakan kemudahan tersebut.

5. Banyak kenangan manis dan kurang manis dan kelat dan masin (SEMUA rasa la!) yang aku ada kat sana.. huh banyak sangat... sampaikan aku tidak tahu mana satu yang hendak diceritakan.

6. UiTM ada banyak Library... pilih saja mana kau suka... lalalalala... aku paling suka lepak kat PTAR1 (mak kepada segala library di UiTM Shah Alam) bukan apa... kalau malas balik ke kolej disitulah port aku untuk melelapkan mata kejap. Argh...tapi aku pernah hilang wallet kat library tingkat 6 Kompleks KEjuruteraan (library yang di claim sebagai library budak2 medik. aH pigi daa... dah la menumpang bangunan kami!!!! ).
beginilah pemandangan dari tingkat atas Engineering Complex (mcm shopping complex plak) kami...

7. KAwan-kawan... yummy!!!!


8. Sambal belacan di Kantin fakulti kami sangat sedap... tiap kali lunch aku mesti makan di sana. kadang2 jam sarapan pagi pun aku dah pulun nasik berlauk macam orang nak lunch... hee...

9. Monyet @ kera @ monkey... spesis ini memang senang dijumpai di sana. Banyak pula tu!!! Bukan aku suka monyet2 tu ok... tapi aku sangat suka cerita pasal monyet jadik polis trafik kat uitm dulu.. bayangkan monyet tu suruh kereta berhenti ala2 polis trafik sebab nak bagi kaum kerabat dia lintas jalan... super hilarious!!!

10. Dulu UiTM sungguh bermurah hati memberikan pelajar makan dan penginapan percuma. PERCUMA!!!! sudah la yuran murah nak mamp! mana ada universiti yg sebaik UiTM... tapi sekarang dah tiada rasanya... yahuuuu... merasa gak aku nikmat tu dulu... TERIMA KASIH UiTM...

11. Lecturer kami majoriti semua cool-cool belaka. Pernah jugak aku berangan nak apply mengajar di UiTM satu hari nanti. Walaupun Oxford atau Yale University offer aku.. aku akan tetap pilih UiTM!!! heee...

12. Budak-budak UiTM hanya akan menyanyikan lagu UiTM diHAtiku dan lagu Wawasan Setia Pelajar pada hari orientasi n masa konvo sahaja... tapi boleh hafal sampai bila-bila tu!!! terbukti lagu uitm memang kelass... (lagu nih kalau nyanyi time konvo memang sayu sangat... percaya atau tidak... rasa sendiri... been there done that.. tWiCE!!) walaupun aku sebenarnya sayu sebab dua-dua konvo mak bapak aku malas nak datang..dan mereka biasanya akan menggunakan alasan tiket kapal terbang mahal... huuu...*thanks mom n dad...
aku bukan sedih sangat pun... tapi kadang2... iyalah... jeles tengok sahabat2 bergambar dengan mak bapak masing-masing kat dataran menara tu... aku?? nasib baik la ada pakwe yang sanggup berlakun menjadi bapak aku masa konvo. heee...

akibat tension tidak dapat bergambar dengan mak bapak sendiri.. saya memaksa rakan-rakan sekelas untuk mengambil gambar bersama-sama... **konvo diploma.


siapa kata aku kaki bangku?? team fakulti (aku wakil skali) menang lawn ball beb!!! *kedudukan adalah rahsia... heee...



Gila old skool gambar nih... zaman digital camera tak feymes lagi...




kegembiraan kami setelah tamat sesi presentation final project.




Maybe satu hari nanti aku akan kembali ke sana.. siapa tahu... hehehehe...

hilang....

semalam dengan jayanya aku berjaya memontengkan diri dari menghadiri kelas sosiologi... bukan apa.. kerja banyak menimbun yang perlu aku setelkan.. (padahal aku memang malas nak pergi kelas petang semalam. heee).. 

petang yang indah...tengah sibuk menganalisis data untuk tesis yang asyik memeningkan kepala hotak.. mak kesayangan aku telefon. risau betul nada suara dihujung talian. rupanya buku bank mak aku missing in action. sekali dengan buku bank bapak aku pulak tu! huuu... nih mesti kes cuai tahap gaban. :p sorry mem... hehe...
nak jadikan cerita.. mak aku baru perasan buku bank tiada dalam simpanan apabila kakakku calling nak mintak nombor akaun bagi menunaikan tanggungjawab beliau sebagai anak yang telah berkerjaya. 
bila ingat-ingat balik.. sudah seminggu rasanya buku bank tersebut menghilangkan diri (BUKU BANK... if you're reading this... please come home!!! IMMEDIATELY!!). sbb last week my mom ada urusan di bank katanya.

nasib baik bukan kad ATM yang hilang (nih kes memang parah sebab kawan aku banyak terkena, duit dalam bank lesap dengan senangnya selepas menyedari kad ATM hilang)  kalau tidak.. mesti lagi leceh! Mak aku bukan apa... risau ada orang menyamar sebagai beliau dan mengeluarkan segala isi akaun mak aku tu. hmm... make sense... pikir2 balik... kenapa mak aku call aku petang tu. sedangkan kami dipisahkan dengan jarak yang beribu batu. bukan aku boleh balik rumah carikan sekali buku tu pun... then dari suara mak aku yang risau amat itu... baru aku teringat tanggungjawab aku untuk tenangkan hati mak. ya kawan-kawan... kita sebagai anak wajib membantu ibubapa kita bilamana mereka menghadapi kesusahan. senang cerita aku cakap saja kat mak aku... takut kang tahap risau yg amat, naik melambung blood pressure mak aku tu... dah la beliau menghidap penyakit itu... 

"jangan risau.. duit dalam bank tu selamat. buku bank tu ada di balai polis. ada orang jumpa lepas tu.. bla bla bla..."

then my mom said "anda pasti?"

.......hmmmmm........

 


Tuesday, March 24, 2009

Penghampiran Episod Akhir di Parit Raja

pejam celik pejam celik... lagi beberapa minggu sahaja lagi aku akan menghabiskan sisa hidup di parit raja ni. Meaning... bakal berakhir satu episode UTHM (a.k.a KUITTHO - kalau sebut KUiTTHO lagi org kenal. so bila org tanya kt johor belajar mana? aku jawab KUiTTHO je).


sedih?? ENtahla..

sementara mencari apakah sebenarnya perasaan sepanjang berada di sini...jom flashback serba sedikit cerita kehidupan saya di Parit Raja, Bt. Pahat, Johor...




December 14th, 2007

hari aku berhijrah ke batu pahat meninggalkan shah alam.. hmm... still remember that day. penuh satu kereta barang2 nak bawak ke BP.

on the way... somewhere @ highway ke selatan





sebelum subuh lagi bern datang menjemput aku kat shah alam.. last day aku bermastautin di Seksyen 7. maklumlah nak kejarkan masa pendaftaran pelajar yang bermula pada pukul 9 pagi. habis pendaftaran kami bergegas mencari rumah untuk disewa. yang bestnya, sewa rumah di sini mmg murah. senang sikit hati aku. tu yang boleh selamba 2 kali pindah rumah sewa sepanjang aku kat sini. hehehehe...



1st semester

rumah sewa sebelah fakulti. tu yang paling seronok. bangun lewat pun sempat ke kelas dengan penuh bergaya. pintu kelas boleh diintai dari pintu dapur rumah. hehe... jangan tak tahu... dalam kelas kami ada toilet!!! meja bulat besar mcm kedai makan... mcm sidang mesyuarat king Arthur pun ada... heee... agaknya nak suruh kami berborak time kelas.. :p



2nd semester

semester paling pack dengan aktiviti walaupun subjek yang mengarahkan kami beraktiviti itu cuma dua jam kredit sahaja beratnya. lecturer kami menjanjikan semua org dapat A kerana prestasi kami yang sangat memberangsangkan menganjurkan pelbagai aktiviti. akhirnya result keluar seperti yg diharapkan. bila check balik... aku antara tiga orang yang dapat A- utk subjek tu... memang semua A. tapi kenapa kami bertiga mendapat A-??? antara spekulasi yg aku dengar... sebab nama kami sorang kat atas, sorang kt tengah dan sorang kat bawah sekali dalam list pelajar kelas kami. huuu... boleh plak gitu. apa pun... itu cuma spekulasi ye kawan2.. wallahu'alam....

hujung sem... demam VIVA plak. first time nak kena viva. macam2 cerita. paling aku tak lupa..


Panel : awak copy & paste ke atau cut & paste nih?


tu bukan aku yang kena ok! walaupun aku ada buat jugak sikit2.

tamat EXAM kami ke destinasi masing2 di serata tanah air untuk Latihan Mengajar. merasa juga aku jadi lecturer pelatih @ Poli Port Dickson. tiap petang lepas office hour kami akan melepak di tepi pantai Teluk Kemang sambil makan kerang bakar... lalalalalalala.... :D


3rd semester

semester nih kurang aktiviti. tapi assignment banyak tak terkata. terasa diri macam mesin membuat assignment pun ada. huuu... tapi dalam kesibukan tu sempat jugak aku kawen... hehee... dah nak masuk 2 bulan pun kami selamat di kawenkan... alhamdulillah...
program paling besar semester ini - SEROM. dah selamat pon... :)
by this time... kami semua tengah berhempas pulas menyiapkan tesis yang bakal di hantar minggu depan. time ni la kena pulun gila2 punya... takut tak sempat kang tak pasal2 kena tambah satu semester... owh.. tidak!!!! mintak di jauhkan....
eh... ok lah... lupa plak yg aku tgh bizi... apapun... GOOD LUCK guysss....

Sunday, March 22, 2009

SEROOOMMM....

akhirnya berakhir jua episod serom dalam hidupku... 

bermula jumaat lepas kami berlepas ke serom dengan tahap kebimbangan yg agak tinggi terhadap ketiadak-siapan thesis yg perlu dihantar selepas balik serom nanti... apa-apapon... enjoy jugak sebenarnya join program nih.. ye ke? apa2 pon... layannn.....

kalau tak silap aku... nih program anak angkat yang ke 3 aku join di sepanjang hidupku... hmm... lebih kut... tah la..
but this time.. aku dapat bapak angkat yg berpangkat ketua kampung... and we came in package... empat orang skali... 2 girls and 2 boys... tu termasuk aku la skali...

overall... kami agak bertuah kerana mendapat keluarga yang cool... takda masalah yg mendatang... alhamdulillah... 

part paling aku suka bila join program mcm nih.. mesti asyik makan...makan... makan... 
tak kira la makan nasik kee... makan angin kee... makan kuih ke... 
mak pak angkat kami plak asyik nak sogok kami dgn makanan... 
kadang2 risau gak... abis program kang mesti berat badan akan increase... huuuu.... seraammmmm.... apa2 pon... layaaaannnn..... 

alhamdulillah semua dah selamat... sebenarnya malas aku nak story panjang2... so enjoy the pics!!! :D

first day... beberapa minit selepas sampai di Serommm... 

tgh bosan menunggu majlis opening bermula... cuaca tgh panasss...


dengan tidak semena-mena hujan turun dengan lebat... nice!!!!
last day... tgh lepak@kantin tunggu makan tghari

tak senunuh punya ajax!!!!

yesss!!!! makanan dah siap!!

bersama kakak n mak angkat aku... hebat diorang nih.. menang pertandingan gubah bunga n buah!!! kami tumpang habiskan makanan hamper je.. hehe...

pak n mak angkat n cucu-cucunya


pak angkat bawak kami pi bersiar-siar ke sungai mati

heee....


last shot before leaving rumah pak angkat kami

mak angkat n anak-anak angkatnya

tata.... panjang umur jumpa lagi!!!! 


lastest but not leastest... sebelum menaiki bus untuk berangkat ke Bt Pahat...


bubyee seROOMMMM.......


Thursday, March 19, 2009

looking the glass half full??

i'm taking an online real-age-test few hours ago.. the result shows that my real age is 16 years old.. duh! 
the second time i took the test... i'm 20! hmm... ye la.. usia meningkat seiring dengan kebijaksanaan... hahahah...

i've been told that worry and anxiety will eat up your age through your cells.. making you looks haggard and wringkling... ngeh3..
how did these 'garbage' keep bugging inside our head? the main factors could be the people around us... so my dear friends.... if someone's make you real sick in the stomach and really really really annoying you.. just keep telling yourself that he/she is sick jealous of your fabulous life. meaning that you have much more than you think you have. agree?? :P


always remember this...

someone's opinion of you does not have to becomes your reality.

happy breathing!!!   
 

Wednesday, March 18, 2009

quickie holiday...

memandangkan minggu2 yang seterus ini akan menjadi semakin 'kray-zieee' dgn pelbagai aktiviti academic n non-academic... so i decided to take a break to let things a bit loose... hehehe...

sunday ~march 15th...
my little-gateway-journey to klang valley from batu pahat begins today. riding a bus with couples of strangers... huuu... ayat ala2 adventurous la kunon... hahaha...
sampai di puduraya he's already there waiting for me.. :) kalau sebelum2 nih gerenti aku yang kena tunggu.. kadang2 smpi berejam pon ada... tak kira la.. bus station kee.. train station ke...airport ke... hehe... dah ada improvement.. well done hubby! :p 
agenda pertama kami ialah mengisi perut yg kosong... then terus ke hospital menjenguk mak mertuaku yg dah lama tak jumpa... alhamdulillah dah ada improvement... syukur... :)

monday ~march 16th...
went to Kuala Lumpur.. our group (me, ilun, huda n ajis) ada appointment ngn KTMB tghari ni utk mendapatkan data bagi assignment subjek leadership n management. alhamdulillah everything went well and smooth... layanan KTMB

 mmg kelass... kami berempat siap dpt sourvenior dari KTMB lagik!! hehe...   jangan jeles haa... 
sejurus selesai... kami pun mengambil sedikit masa untuk berposing sakan kat bangunan yang cantek tersebut (kalah tourist dr overseas! hahahahaha).... 
setelah penat berposing kami ke midvalley.. ajis dengan rela hati membelanja kami makan di secret recipe.. waaah... rezeki jgn ditolak... walaupun aku masih kekenyangan brekfast nasik ayam ngn kakak aku pg tu @ Central market...
 heee... setelah kekenyangan kami melepak ke kedai buku MPH untuk meredakan perut... 
kerana budget yg agak terhad aku mampu rembat dua buku jek.. jane eyre (versi mini utk menambah koleksi buku jane eyre aku) yg penting harga pon mini... kalau puluh hengget mmg aku tak beli... hehehe...
lagi satu buku... jeng jeng jeng....
big, beautiful & pregnant... hehehehe... manalah tahu this book will come handy satu hari nanti kan... hehehe aku beli buku nih pon sbb regernye yg dah murah... kami jumpa kat value price section...  kalau mahal, sure aku tak beli jugak... hehee...
 


tuesday ~march 17th
HAppY BesDay baPak!!!
huh... nasib baik aku ingat hari nih besday big Boss ku nun kat Sabah negeri di bawah bayuu...
just sending him a b'day msg. hehe...
hopefully panjang umur & murah rezeki selalu... amin...

our activity today... masak2!! oh ye... suamiku bercuti ini hari... biasala tgh ekonomi gayat nih... senang je dapat cuti... heee... 
he volunteered to cook ayam masak black pepper for lunch... waaa... selamat aku... dpt task basuh pinggan jek... hehe...

yg sedehnye... mlmnya aku dpt msg dr huda... esok ada taklimat Projek Sarjana 2... adoih.. kena balik bt pahat jugak esoknya... baru nak enjoy katak lepak seharian kt cinema esok hari... terpaksa tunda lagi... :(

wednesday ~march 18th
back to bt pahat
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................  

Tuesday, March 10, 2009

CiNeMA ciNEMa CineMa ... STREET FIGHTER The Legend of Chun-Li

last weekend (saturday) miss EyLun mengajak aku ke BP mall untuk menyopping skit... best gak idea tuh... maklumlah.. aku pon br abes test... sementara poket tgh tebal... hahahahhaha...


Usai zohor aku siap apa yg patut.. eylun kata nak dtg jemput pukul 2 ptg. Smpi je kt bwh flat aku dah nampak kelibat ilun dalam miss Savvy dia tu... mmg punctual tul budak nih kataku di dalam hati... :p


lepas menyopping ilun ajak aku tgk wayang. ok gak... skrg nih pon dah jarang tgk wayang.. maklumlah tgh dok berjauhan dgn partner_in_crime a.k.a. sleeping_partner a.k.a mr.hubster ku... kalau tak.. tiap weekend explorace kt TGV..

impak maksimanya... aku mmg lost klu borak pasal muvie terbaru kat dunia yang hanya sementara ini.


Eylun : nak tgk cerita apa kak?


Aku : ikut la.. ada cerita best tak? (huh... apa cerita yang tgh hot skrg nih? upin ipin dah tgk last week. eh, best gak cinema kt sini... huiyooo BP dah upgrade... dlu kat summit je.. tu pun gaya cathay jek.. huuu... kataku didalam hati ).


Eylun : nak tengok cerita hantu tu ke? mcm tak best jek...


Aku : taknak la cerita hantu.. buang duit jek


Eylun : hmm... tengok street fighter nak?


Aku : hmm.. ok! (alamak... best ke cite tu? mcm katun jek... alahai.. layan je laa.. klu bosan nti aku tdo je la kt dlm tu)



dengan langkah penuh yakin eylun pun beratur kat depan kaunter untuk membeli tiket buat kami berdua... setelah itu, kami pun merayap mencari hiburan sementara menunggu pukul 3.30 ptg. kebetulan plak One In A Million Crew tgh buat show kt BP mall... layan kejap la... sempat cuci mata tgk artis2 melalak... dan dengan tidak semena-mena ilun berazam untuk mengikuti rancangan OIAM kt 8tv setiap hari lima.. kerana berasa seronot melihat roadshow pada petang itu... hehehe...



Eylun : eh, dah 3.30... kejap lg masuk nak? nak tgk mamat tu nyanyi skit... macam best je...



kuang3... ilun dah mula dah... tapi seronok gak... aku yg tak pernah layan menda2 cmni pon bole melukut di tepi gantang join sama... hehee..


kring...kring...


Aku : hello...

Mr. hubster : hello.. tadi awak kol tak perasan la. bern kat KL dah ni.. sampai sana malam nti. nak pegi pudu dari kl sentral nak naik ape nih?


Aku : oo... naik LRT pas tu.. bla bla bla... Awak... kite kt bt pahat ni.. teman ilun gi beli barang sikit... bole kan? (dah buat br mintak izin... hehehe)


Mr. hubster : okeh. lelok tu. nak naik tren nih. nanti bern call lg k... tata...


Aku : tata...


tutt tuuuttt....


memandangkan jam menunjukkan pukul 3.33... kami pun cepat2 berlari ke tingkat atas... kang terlepas lak intro citer street fighter tu... ilun sempat briefing kt aku pasal cite nih sambil kami berlari-lari anak...


Eylun : chun-li dlm cite nih dilakonkan oleh aweks smallville tu, Lana Lang...


Aku : Ooooo... (nampak sgt aku tak tahu menahu pasal dunia perfileman skrg nih... )



kami agak terlewat sikit... cerita dah start... huh... klu kt tmpt lain..mau start 10 minutes after... org kt batu pahat tak suka tgk iklan byk2 kut kt wayang... tah laa...apa2 pon... layannn...


first 7 minutes... boleh tahan gak cite nih!!!
after that... huih.... mantop!! best cite nih... tak rugi bayar RM9... sound effect pon kelass... aksi tak nampak plastik mcm cite aksi2 yg lain.. storyline pon kemas... haaa.. apa lagi... klu aku.. aku bagi 4.7 bintang laaa... tak ngntuk langsung... hmm... seronot.... lg seronok drpd layan upin ipin... hehe.. sorry ye les copaque!!!

so, overall nya.... aku rekemen cite nih kat kawan2 sume... byk unsur2 yg interesting...

watak2 dlm cite nih pon byk yg aku dah lupa... yelaaa masa kecik2 dolu layan katun ni pon ala kadar... sekadar tau sikit2.. tu pon sebab join adik beradik yg lain... chun-li..vega..gen... ryu... (takda pon kuar watak ryu dlm cite nih... penat je aku ngn ilun berteka-teki menuggu kemunculan ryu) hehehe...

tak silap aku nti ada sambungan.. legend of Ryu plak kot... mesti tengok tu!!! heee... habis muvie kami terus balik ke parit raja. meneruskan sisa-sisa kehidupan di sana... hahaha...



lewat malam akhirnya sampai jugak orang yang ditunggu-tunggu... alhamdulillah... :D
lepas menjamu selera sambil menonton tv..dengan penuh semangat aku ceritakan kt dia pasal muvie td... saja bagi hint nak ajak tgk lagi sekali... hehehe...


Mr. hubster : Awak tengok ke cite mcm tu? sblm2 nih kan awak tak layan tengok cite2 aksi nih...


aku sengih jee....


sekian....


Monday, March 9, 2009

tuesday blues... jom ceriakan hari selasa yang indah ini...

memandangkan semalam adalah hari cuti bersempena maulidur rasul... maknanya tiada istilah monday blues for this week... the best part is.. sempat gak ilangkan tensionan that weekend... lagi2 suamiku datang bertandang ke batu pahat... :D dua minggu beb tak jumpa... hehehe...

jadi... memandangkan selasa ini secara automatic menjadi pembuka minggu ini... mesti korang rasa tension kan.. ala2 monday blues gitu... takpa... aku ada satu cerita yang mungkin boleh ceriakan harimu... enjoy!!!!

Kisah ni dikutip dari pengalaman seorang pemburu masa outstation kat kuantan dulu…Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ…ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang…itupun kalau sudi nak baca…

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca ‘ucapan’ macam imamlah…) bunyinya camni :

"HAI AJISS…MATI JUGAK KAO AJISS…SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG…( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA,KAO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA…YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU…KALAU DIA PUKUL KAO DARI KANAN…KAO ELAK KE KIRI…KALAU DIA pUKUL DARI KIRI…KAO ELAK KE KANAN…KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN…KAO ELAK KE BELAKANG…KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG…………..PANDAI-PANDAI KAOLAH AJISSSSS……"

Pastu komat kamit lah mulut pemberi ‘ucapan’ tu…dan diorang
pun beredar dari situ…dari mula sampai habis ‘ucapan’ , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia…bila orang asli tu tanya ngape…kawan aku cakap. "sedih…."

Pengajarannya……….
Dia orang pun percaya juga kat alam kubur………….

hehe

oh ye... cerita ni bukan pengalaman aku sendiri... sent to me by a fren loooong time ago... baru ni aku teringat nak share ngn korang... sbb mula2 baca dulu, lawak gile sampaikan aku gelak sambil tendang dinding...

Friday, March 6, 2009

FlyING COLouRs


remember my last post about the KPP??
well... i took the computer test this morning... and.....
saya berjaya meloloskan diri untuk ke peringkat yang seterusnya!!! yahuuuuuwwww.....
mula2 cuak gak... ala mcm cuak masa amik spm dolu2... hehe...
tp yg nih.. seboleh2 aku taknak repeat... sebab kalau gagal kena kuar duit lg!!!
alhamdulillah dpt jwb walaupun byk gak yg aku teragak2... syukur2... heee...




lepas abes test terus aku gi shoping... biasa la hati tgh gumbiraa...


keluar je dari supermarket br aku perasan yg byk gile aku borong... berat gile shopping bag yg aku kena angkut... huuu...


biasa la... teringat aku beberapa insiden aku pasal shopping nih...


masa blaja itm dolu aku suka ajak pakwe aku tu gi shoping kt giant @shah alam... ada skali tu kami borong sampai penuh satu troli... time nak bayar duit aku tak cukup... beratus gak la TOTAL price yg kena bayar... klu kt kedai makan bole offer diri basuh pinggan... klu supermarket?? hehe... nasib baik la dia bawak duit lebey... hehe... selamat aku...


masa aku shopeng sorang pon pernah gak... time nak bayar, duit lam purse aku cukup2 je... mantop! nasib baik ada baki untuk tambang balik umah... sampai umah aku cite kat mem aku... apa lagi... kena bantai gelak la.. huhhh...


ahaa...masa shopeng ngn mak aku pon penah gak... duit kami cukup2 je nak bayar barang2 yg kami borong... time tu la aku amik kesempatan gelakkan mem aku tu... hehehe... berjaya gak aku pengaruh mak aku...




dolu masa blajar diploma kat itm kawan aku (farid @ liey) penah cerita pasal tak cukup duit nih... suatu hari tu... kawan2 dia ajak pi lepak minum... biasa la kalu ramai2... masing2 ingat kena belanja... last2 sume tak bawak duit... hahahha... nak jadikan cerita, masa nak bayar diorng takde duit.. korek punya korek.. nasib baik la sorang mamat or minah tu bawak beg yang berisi collection duit syiling.. diorng apa lagi.. dengan selamber badak bayar makcik warung tu dgn ratusan keping syiling 5 sen & 1 sen... korang dapat bayang tak muka makcik warung tu?? kekekke... guling2 aku dengar citer si lieyliey masa tu...


takpe2.. kenangan mendewasakan kita kan... hehe...


ok la... aku ada misi hari nih... jap lagi nak download recipe utk masak malam kang sempena menyambut kedatangan hubby saye malam nih... hee...

can cin cow!!!!

Monday, March 2, 2009

be QuiCk or be DeAd!!!

semalam aku sembang ngn encik lalan di alam YM yang maya... yahoww... ESOK KELAS BATAL... pagi petang lak tuh! best best best...
maknanya esok bole bangun lambat... hehehe...

beberapa jam lepas tu miss eylun msg aku.. kata nak diskas pasal assignment JPU grup kami...
sembang punya sembang... tetiba meremang bulu roma n bulu idung bila ilun kuar stetment... about PS!!!! (Projek Sarjana = Projek Sengall) kami yang dah nak sampai ke penghujung...

"tahu tak... kita ada lagi dalam dua minggu nak setelkan semua... sepatutnya report tu dah hantar kat penyelia utk disemak... bla..bla.. bla..." kata ilun....

GULP! haiyooo... parah nih! data tak collect lagi... pilot test tak buat lg... surat KPM tak smpi lagi... pengesahan pakar tak setel lagi... seram sejuk rasanya memikirkan sume tu... dah la banyak assignment tak buat lagi... projek serooom lagi....

AAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!


(tp aku tak jerit la... dlm hati je. kang tak pasal2 warga blok apartment kami baling batu kat tingkap bilik aku... :P )


plan aku nak landing kejap tadi terus terkensel memikirkan benda tuh...
ni la kalau buat keja last2 minit... padan muka! aku gelak sorang2...
cikgu english (Mdm Monaliza) aku masa skolah menengah dolu penah pesan....

START n The Rest is EASy...



hmmm...kalau tak setat buat keja... mcmana mau siap kan?
aku bukak file Curriculum Development yg kena submit minggu nih... banyak lagi kena alter nih... buat yang nih la dulu...

baru separuh page aku taip (copy+paste+edit)... bantal2 n pink bebe yg bern kasik aku masa befday last year dah mula menggoda memanggil-manggil namaku...

takpa la... rehat jap.. bagi otak fresh skit... jap lagi aku sambung... set alarm lagi satu jam kejut aku sambung siapkan projek tu...

and few hours later....
kapushhh!!! duniaku bertukar gelap gelitan...
hehe...

PERKARA YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT





kawan2...

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda  sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -  

1)      NOMBOR KECEMASAN   

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )  


2)      KERETA TERKUNCI  

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat  ' ON '  pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta  anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.  


3)      KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci  ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .  


4)      TELEFON KENA CURI  

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail  *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun  ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya..