Wednesday, December 30, 2009

Azam tahun baru

Minggu lepas kami balik kampung Sabah berdua... first time balik berdua lepas kenduri kahwin bulan Jun itu hari..

Masa borak-borak minum kopi, mama buka cerita lama...
Cerita perihal aku kecik-kecik dulu masa sekolah rendah. Mama cakap aku dulu ulat buku. Tiap minggu tidak pernah missed pergi perpustakaan pinjam buku. Mana lagi kalau bukan Perpustakaan Daerah Ranau. Mama cakap aku suka habiskan masa baca buku sambil duduk atas tangga. Habis baca aku ulang-alik naik bas ke perpustakaan.

Aku sendiri sudah lupa perangai lama bila umur makin naik. Kalau aku rajin baca buku macam dulu mesti sekarang aku ada title doktor... Paling tidak pun profesor. haha.. okay berangan!

Tahun depan yang tinggal lagi beberapa jam aku nak pasang angan-angan untuk jadi buku balik. Ulat pun ulat laaaaa...

Tuesday, November 17, 2009

...happy...


budak2 comel sudah tiba...

happy.

bila dengar kawan2 yang sudah selamat melahirkan cahaya mata.

majority dapat baby gurl...paling latest suraya@jepun(anak pun dah macam awek jepun :) ).. wana(anak dah nak belajar merangkak tapi br upload gambar semalam.. haha).. hafsah(schoolmate zaman muda2 dulu.. tarikh bersalin paling cool 20/09/2009).. mery.. ayiem.. junaidy.. dan ramai lagi... oh ya... kawan opis kt meja sebelah pun tgh sarat baby girl.. tak lama lagi tambah lagi seorang... itu yang anak perempuan... anak lelaki pun ramai... zana.. pai.. wak.. etc.. etc...

tau apa yang best dapat anak perempuan ini?? boleh dress up budak-budak kiut itu dengan baju2 yang super kiut miut yang banyak gila kat supermarket. okay jum berangan untuk meng'dress-up'kan these little princesssssss sekarang....





kalau lalu babies' department kat supermarket mesti geram geram geram tengok baju-baju untuk baby gurl... insyaAllah kalau dapat anak perempuan dah ada planning untuk aktiviti seronok nanti. hehe.. tapi setakat ini baru standby 3 nama untuk anak lelaki.. hehe... anak perempuan tak ada idea lagi...


entri kali ini bukan bererti saya sudah pregnen yee... walaupun selera makin bertambah semenjak dua menjak inih.. sebab encik imran tak lalu makan seminggu ini...so tolong habiskan apa yang ada dengan suka hatinya... semua tak boleh masuk katanya... sikit-sikit loya.. amboi.. mengalahkan perempuan pregnen... :-p

insyaAllah tahun depan kami akan cuba tambah seorang team member dalam family. sebab sekarang ini masih sedang mengumpul dana untuk honeymoon berdua. kalau sudah bertiga dah masuk lain honeymoon series okay...



Monday, November 9, 2009

rutin


bangun pagi... gosok gigi.. mandi... subuh... siap-siap... pergi kerja...

kerja dun dam dun dam pukul 5 petang balik rumah...

tengok tiwi.. mandi.. makan.. maghrib...isyak... tengok tiwi... zzzZZZzzz.....





pssttt... tengah pikir mana nak selit masa untuk layan anak nanti....

Thursday, October 29, 2009

lawatan sambil belajar

ilun & wana datang ziarah rumah kami di Jasin beberapa minggu yang lepas...
Welcome to Melaka ilun... :D Wana tak payah welcome sebab wana paling tererist jalan-jalan di Melaka berbanding saya yang sudah mohon kerakyatan negeri Melaka baru2 ineh...
sebab laporan lawatan ini agak out-dated... so enjoys the pictures ok..

saya sebagai tuan rumah mengajak dua anak dara inih ke Bandar Melaka selepas menghadiri majlis kawen Milie di Muar..




wana dan ilun yang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa saiz kota A-Famosa tidak se'giant' yang disangkakan... hahaha...

bagi mengubat kedukaan ilun... malam itu jugak kami ke Zoo MALAM Melaka... ya.. ini zoo beroperasi malam hari juge... siapa berhasrat men'skodeng' aktiviti malam haiwan zoo memang seswai sangat datang sini pada waktu malam...


posing maut PPPT DH41 KK Jelebooo...


indoor session... :)


muka cover cungap sebab berlari sebab snap guna mode automatic sebab mahu bergambar bertiga [eh, beramai-ramai dengan haiwan di belakang] tapi tiada siapa untuk minta tolong snap kan.


good boy....


ilun memang ada aura dengan pak tiger... tengok... selamber je dia usap...



jejak kasih... bhahahha...


dua anak dara mengepit buaya darat...


kan sudah ku bilang.... ilun memang ada bau-bau-bacang... aummmm......



P/s: bila lagi mau datang jalan-jalan sini haaa????

Tuesday, October 20, 2009

mari bersosial

salah satu masalah terbesar aku yang aku baru perasan baru-baru ini ialah MASALAH BERSOSIAL. Yup... kalau campak aku kat tengah-tengah lautan manusia aku boleh jadik blur..tidak keruan..bimbang..cemas..dan lain-lain lagi.
aku selalu take time [looong time] untuk betul-betul boleh bergaul sebati dengan mana-mana komuniti yang aku dicampakkan. Especially bila aku baru masuk alam kerja ni. banyak benda baru yang kena perhati dan belajar [look and learn]. Aku rasa lah kan..aku perlu lagi banyak ilmu dalam bidang bersosial nih la..

Bila masuk satu alam baru.. maksud aku komuniti/organisasi baru... tak kira la tempat belajar menuntut ilmu kee.. tempat kerja kee.. tempat kejiranan kee... mesti banyak benda yang merisaukan aku... sebab...
  • AKU SUSAH NAK INGAT NAMA ORANG. Dulu masa muda-muda, masa mula bercinta korang ingat aku ingat ke nama pakwe aku? takkan dan declare tetiba nak tanya dia.. Nama awak siapa yee? Memang salah aku jugak tak tanya siap-siap sebelum declare. Tapi kalau tanya pun mesti aku akan lupa balik. Dulu lepas first dating dengan encik Imran balik hostel nak inform kat roomates dah-ada-pakwe, bila roomate tanya siapa dia orang baru tu... "Entah la kak... Tak ingat la nama dia..." Boleh gitu?? Tapi sekarang dah ingat ok!
  • SALAM pELUK CIUM. Aku paling kekok bab kalau nak 'end'kan sesuatu pertemuan tu.. cara nak bersalam. Contohnya bila nak balik dari open house raya rumah kawan. Bila ramai2 aku akan ambil port paling last. nak tengok dulu cara orang lain bersalam. biasanya yang akrab akan berpeluk bercium bagai... kalau tak kenal biasanya salam-salam saja. Tapi ada jugak yang baru kenal nak peluk cium. kalau aku....hmm.. segan kut.. so biasanya aku akan salam biasa je. kalau orang tua-tua esp. yang ada hubungan kekeluargaan aku salam cium tangan la.
  • SMALL TALK..BIG TALK.. HUGE MOUTH.. biasanya kalau terserempak dengan rakan-rakan opis, aku tak pasti nak tegur macamana. Kalau takat nak tegur 'Hi apa kaabar? sihat?' macam poyo pun ada... tapi aku seboleh-boleh taknak la tegur guna soalan bodo... sebab aku selalu kutuk orang yang suka tanya soalan kurang pandai. Contohnya; bila nampak kita tengah makan... kawan lalu depan pastu tanya 'Tengah makan ke?' Okay fine... memang dia celik nampak kita tengah makan. dan secara automatik akan tertanya soalan sebegitu sebab begitulah kebiasaannya kan? Alahai... kadang-kadang aku pun buat jugak... hehehhehehehe..... encik Imran menegur semalam sebab tak ramah dengan jiran tetangga sebab aku senyum je bila akak jiran tegur 'baru balik dari makan ke?' bila nampak kami baru keluar dari kereta. sebenarnya aku tengah dok pikir apa soalan aku nak ajukan balik kat akak jiran tu tapi tak sempat sebab aku slow sikit bab ramah mesra ni. So aku senyum je. Nasib la kalau akak tu tobat tak mahu tegur dah lepas nih. Biar la dia kata aku sombong. nanti ada idea aku ajak la dia berborak lain kali...
  • COLLEAGUE...KELIK...GANG GANG BOOM.. dari sekolah rendah sampai sekolah tinggi skit.. aku memang agak failed dalam menubuhkan persatuan nih. Selalunya kalau dah bersatu dalam satu geng ataupun dengan panggilan manja ber'kelik' nih mesti akan bercerai ditengah jalan. Lagipun kalau ada geng mesti kaki asyik merayau together-gether je. Kalau ada masa lapang kompom mengata mengumpat je kerja.. lagipun, Tahukah anda, orang yang paling hampir dengan kitalah yang paling berpotensi tinggi untuk sakitkan hati kita. siapa setuju angkat jari!!!! Lagi-lagi kalau berkawan dengan aku yang serba kekurangan inih. suka sakitkan hati orang. tak reti bersosial pulak tu.. Siapa kata aku bukan jenis pendendam... kalau ada orang sakitkan hati aku... buat_cerita_songsang_pasal_aku_lepas_tu_jaja_kat_orang_lain_sampai_bila_aku_lalu_semua_pandang_serong_sampai_nak_juling_bijik_mata... memang aku akan terasa. kecik hati aku tau...biasanya aku tak terus maafkan orang tu. Aku kutuk habis-habis dulu. paling kecik pun aku kutuk dalam hati aku sendiri. bila dah puas baru aku maafkan. Itu pun lepas aku pujuk hati aku... aku cakap... 'tak apa laa... dia buat begitu mungkin sebab aku ada kelebihan yang dia tak ada. sabar je laa... tak luak pun...' lalalalalala... Maka aku pun mengamalkan prinsip hidup... tak payah ber'kelik'... berkawan je dengan semua orang.. nak gang-gang-boom tak payah la kut... Suami kan ada.. lagi seronok nak kongsi semua. Kalau rasa tak cukup geng insyaAllah dah ada anak nanti boleh ajak cukupkan korum... haha...
semalam balik kerja aku tension sebab pressure dari aktiviti bersosial di tempat kerja. Aku kecik hati dapat layanan kurang best dari beberapa orang. mungkin sebab aku tak pandai ber'kelik'. takpun cara aku yang buat mereka-mereka itu tak senang dengan cara aku. entah laa... aku buat tak layan je. tapi sampai rumah terus peluk suami nangis macam budak darjah satu mengadu kena buli kat sekolah. HAHA.


p.s: So lepas inih kalau terserempak dengan aku... faham-faham sajalah. bukan aku nak menyombong. Aku memang macam tu...

Wednesday, September 30, 2009

tukar turn...


semalam mr.Imran telefon bagitau dah berhenti kerja secara official... ayark!

Saya : selamat menjadi penganggur. seronok tak?
Dia : hehe... macamana la kita nak makan lepas nih? saya dah tak ada gaji.
Saya : kan saya dah kerja. Cukup kan untuk kita dua? awak kan ada scholarship. cukup bayar kereta awak kan?
Dia : ok. tapi risau jugak nih.
Saya : sabar.. sabar... orang beriman kena banyak sabar..
Dia : beriman ke saya nih?.... eheh...
Saya : tadi subuh awak tak bangun kan?
Dia : awak tak kejut.
Saya : ya lah tuuu...

InsyaAllah hidup akan makin seronok tidak lama lagi. Lepas ini hidup di Melaka akan berteman. Kalau kereta rosak ada driver akan stand-by. Kalau penat balik dari kerja tak larat nak masak ada chef stand-by. Kalau bosan tak tahu nak buat apa ada orang nak diajak bergaduh... macam-macam lagi aku dah plan. bhahahaha...

Dari segi financial redha je apa yang ada. Kan senang...
ni pun nasib baik tak ada anak lagi. walaupun mama asyik dok pot pet suruh buat anak. Sampaikan aku teragak-agak nak telefon mama tanya kabar selalu. Tak sampai hati nak dengar soalan begitu. Nanti insyaAllah dah ada anak akan aku suruh anak aku yang telefon nenek dia tiap hari... bagus tak plan aku??
Bukan taknak tapi kami tak ready lagi. Sekarang nih aku dok melalikan diri dengan soalan stended tu..

tak percaya.. siapa2 yang tak kawin lagi tu bersedia lah bila korang dah kawen nanti.
mana-mana pegi.. kalau orang tu tahu kita dah kawen mesti tanya
"Dah ada anak?" Kalau cakap tak ada mesti dia tanya "Bila nak ada anak?" Ni kan semua kerja Tuhan... kalau tak ada rezeki nak buat macamana... memang la kita kena berusaha... tapi kalau tak ready lagi takkan nak hentam keromo saja?? nak kena pikiaq jugak tu....

pernah aku berborak kejap dengan sorang makcik cleaner kat opis... Bila aku cakap dah lapan bulan kawen & belum bercahaya mata... apa yang aku dapat? pandangan kesian. Okay takpaa... aku malas nak elaborate panjang2 kisah kami kat makcik itu. aku bagi jawapan stended je.. "belum ada rezeki"...

mr.Imran hari tu dok membebel masa kami pegi shopping barang dapo kat supermarket bila dengar sorang mak tu marah kat anak dia.. "Susah la nak jaga adik ni!!! Nak shopping pun susah!!!"
Senang je laki aku jawab... "Siapa suruh beranak kalau malas nak jaga!!!"
Bayangkan perasaan budak tu kalau mak dia dok mengeluh susah itu susah ini. Anak kecil maybe tak paham sangat lagi. Walaupun depa makhluk kecik lagi... tapi depa pun ada perasaan tau!! iye ke?? lu pikir la sendiri....
Yang penting... anak itu jangan fikir sebagai beban... lebih kepada anugerah yang patut kita sayang.. kita didik... kita habiskan wang ringgit... etc...

InsyaAllah kalau dah stable kami akan produce anak tak lama lagi. itupun dengan izin Allah. Nama anak pertama pun kami dah sepakat nak bagi apa... harga lampin pun kami dah survey kat mana murah... lepas ni jangan dok kata kami tak sedia apa-apa lagi... lepas tu jangan dok sebok tanya "bila nak bagi dia adik??"....



Baru-baru ni pun ramai kawan2 yang dah selamat dapat cahaya mata. Yang dok menunggu saat2 kelahiran anak pun ramai... TAHNIAH kawan-kawan... Selamat menjadi Ibu dan Ayah yang berjaya!!!! dan selamat tak tidur malam.... bhahahahha...

Wednesday, September 23, 2009

Syawal datang lagi...

Raya tahun ini agak sederhana tapi seronok... :D
persiapan ala kadar...



##Nota raya untuk tahun depan:
1. beli kuih raya sehari sebelum raya. tak perlu tempah awal2... jimat!!! hehehe...


muka alya menyambut kepulangan mak cu dan pak cu sehari sebelum raya...




Di pagi raya...
beraya tahun ini dengan status baru... :D




apa yang paling seronot bila syawal datang lagi??


boleh berkumpul ramai-ramai


beraya beramai-ramai


bermaaf-maafan...


sowieeee..... halal makan minum.. kosong2 yee...


untuk golongan muda remaja...


dapat duit rayaaaa... eh Mak Cu pun dapat laaa... "hehehe...




mr.Imran says... Baju raya untuk tahun depan pun tak payah kut.. survived je raya tahun ni without baju raya...

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran dari perantauan


Opis dah kosong... Maklumlah dah dekat raya...

aku pekerja baru yang berdisiplin. aku datang kerja jugak... tak sia-sia.. rakan2 opis bagi aku ini...



sampul surat yang aku nak pas kat husband suruh isi lepas tu aku yang bagi kat budak2...mesti budak2 akan sayang aku lebih nanti. lembu punya susu, sapi dapat nama...

tak kiraaa..

kiuh bahulu kaler2 yang aku nak balun sat lagi...



sebelum aku balik jap lagi... aku nak ucap...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

aku tahu aku banyak dosa kat kawan2 dan sesiapa yang berkenaan...

so aku nak minta maaf dari hati tulus ikhlas... kosong2 ye kawan2... bukak akaun baru lepas raya nih..
dosa korang aku dah ampunkan... hutang pun aku dah halalkan... aku cuma berharap pTpTN halalkan hutang pinjaman aku berbelas ribu tu... boleh?


sekian... Salam lebaran dari JAS n HUSBAND n the ENTIRE FAMILY.

ini baru betul kad raya....


sementara dok termenung menunggu pukul 5 tadi kakak opis bawah datang hantar surat untuk aku... ingatkan slip gaji ke... bonus tahunan ke... rupanya KAD RAYA REAL dari ILUN n WANA... KK JELEBU mariiiiiiii.....

ini baru kad raya... sekarang kan orang dok sibuk hantar SMS pengganti diri laaa... e-card la...

bukan tidak boleh... tapi kurang meriah sikit la... kalau dulu berlumba-lumba kumpul kad raya. Lepas tu tampal kat dinding rumah... dinding rumah jadik kalerful... seronok!!! sekarang nak tampal apa? tampal sms? tampal skrin monitor pC/laptop? hmmm.... lagi lima tahun akan datang apa pesen pulak kan?

ni dia kad yang aku baru dapat tadi....


from Jelebu with love... :D


sila balas!!!??? .....gulp!


baiklah!!!



Sekian.. terima kasih... aku pun tak hantar kad raya kat siapa2 tahun nih... maklumlah saya penjawat awam yang belum bergaji... baju raya pun tak beli tau.... insyaAllah tahun depan kut...
korang jangan berlagak ye ilun... itupun kad dapat free kan???
anyway... really appreciated...
cukuplah dua keping aku dapat ini tahun.... sekeping dari member meja sebelah...
cukuplah kut... satu tampal kat pintu masuk rumah satu lagi kat pintu bilik....

tahun depan aku balas ye lun.. dah tak dan nih! posmen mesti semua dah cuti macam staf2 kat opis aku nih....


ciow... pukul 5 dah... balik time!!!!!

Monday, September 7, 2009

uPdates...



sudah lama tidak berblogging... nama Pun sPesies malas..
bagi membuktikan kemalasan menaiP... mari ikuti uPdates saya dan dia dalam dua tiga bulan ini dalam bentuk Point-Point...

  • kini bermastautin di Melaka kerana menurut Perintah kerajaan untuk berkhidmat di Selandar.
  • berjaya menjadi Pemegang lesen P setelah ujian JPJ dua kali. haha... Panjang cerita.. nanti la aku cerita kalau sudah rajin.
P for POWER!!!! uhukkk!
  • drive sendiri Pergi balik dari kerja. sebab temPat sangat asing dan tiada siaPa untuk hantar Pergi kerjaaaaa...
  • masih berbadan satu... belum ada rezki.
.. yang sebenarnya kadang2 takut walauPun kadang2 nak....
  • keyboard laPtoP rosak. Aku susPect masa kena Petir itu hari. huruf P tidak berfungsi. that's why semua huruf P caPital letter. terPaksa coPy n Paste.
hmmmm... ngantuk tunggu Pukul 5. nasib baik ada internet. itu Pun tumPang kabel internet membe meja seblah. hehe


Selamat berPuasa (kalau cakaP selamat beraya mesti kau susPect aku tak sabar nak raya kan??.

Maaf zahir batin.

Monday, August 24, 2009

"kena pakai topeng"



Itu bukan saya yang cakap..

So glad bila buka paper minggu2 lepas keluar cerita Tun shopping kat bazaar Ramadhan pakai topeng.. million thumbs-up Tun!!! :D

berita ini sudah lama dan mungkin sudah agak lemau... tapi nak post jugak sebab lupa publish itu hari.


artikel seperti yang di copy paste di bawah...



Dr Mahathir risau rakyat tak peduli wabak H1N1

KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1).

Walaupun tiada kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, beliau bimbang melihat sikap orang ramai yang seolah-olah tidak takut terhadap wabak penyakit itu.

Sehingga semalam, angka korban kekal 68 orang sejak kematian pertama dilaporkan pada 21 Julai lalu.
Bagaimanapun, seramai 230 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke wad, manakala 310 pesakit sudah dibenarkan keluar.

Jumlah pesakit menurun kepada 1,476 daripada 1,556
kelmarin yang dirawat di 102 hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 316 pesakit disahkan positif H1N1.

Daripada jumlah itu, 40 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat kes adalah kemasukan baru, manakala lapan kes dikeluarkan daripada unit itu.

Daripada 40 kes yang dirawat di ICU,

25 kes mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak dan bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma (3), obesiti (3)

, mengandung dan bersalin (1) dan kanak-kanak istimewa (1).

Tun Dr Mahathir

berharap orang ramai memakai topeng itu di tempat awam, termasuk ketika membeli-belah di bazar Ramadan.
"Walaupun ada wabak H1N1, nampaknya orang ramai juga (membeli juadah berbuka puasa). Saya susah hati sikit, ramai tak pakai topen

g penutup hidung dan mulut.

Katanya, kemelesetan

ekonomi juga seolah-olah seperti tidak berlaku

berdasarkan sambutan orang ramai keluar membeli belah pada hari pertama Ramadan.

"Walaupun ada krisis kewangan, nampak orang tak berasa apa pun," katanya yang mengunjungi Bazar Ramadan di Kampung Baru untuk mencari cucur udang.
"Kalau tak pakai topeng itu, kita tak tahu bila kita nak kena (jangkitan H1N1). Peniaga juga kena pakai topeng ... kena jaga kesihatan," katanya k

epada pemberita selepas mengunjungi Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, semalam.
Beliau yang memakai topeng itu berkata, orang ramai serta peniaga perlu berhati-hati dan mementingkan kebersihan makanan.
Sebelum itu, Dr Mahathir yang mengunjungi gerai

makanan di bazar Ramadan terserempak dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditemani isterinya, Datin

Seri Rosmah Mansor, yang turut meninjau di bazar Ramadan berkenaan.

Najib melawat dan membeli kuih di gerai-gerai

sepanjang bazar itu kira-kira setengah jam.




Haaaa... masih malu nak bertopeng? sanggup sedut udara H1N1? your call...

p/s: Feel so 'homy' bila shopping kat tesco Melaka last weekend... ramai yang bertopeng. Kalau shopping kat Klang, jangan harap la nak tengok orang pakai mask. Kita yang kena tengok. pandang semacam pulak tu... grhhhhh....


Tuesday, August 11, 2009

welcome to Melaka...



selepas majlis konvo itu hari, kami dengan suka citanya merayap ke negeri Melaka untuk mencari sedikit ketenangan... ehehe... ketenangan la sangat...


ya... anda memang di alu-alukan...

yang sebenarnya....







dok meng'usha' bakal tempat kerja saya nanti... hehe... sambil berenang minum air.. eh.. jangan minum air kolam renang ok.. tahap klorin tinggi boleh membahayakan kesihatan. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh..


feeewiiitt...

Kawan-kawan, lepas ini jangan asyik dok tanya aku 'kolej komuniti kau tu rumah kedai kee??'
kau tengok sendiri.
hahaha (gelak tak boleh blah)




kalau tiba-tiba rindu kat aku... call tak dapat.. silalah dail nombor tertera... ehehe...

jangan susah... line talipon sini mabeles.. aku dah check siap-siap. full bar lagi! except kalau kau nak video call memang tak boleh la. 3G is not available here okay...



kerana saya tidak pernah menjejak kaki kanan ke Melaka, dengan sukacitanya encik asben mengajak saya meng'explore' tempat yang bakal kami diami.. okay.. boleh diam-diam sahaja. jangan buat bising...


kebetulan pula dulu encik asben bersekolah di Jasin... yang sekarang sudah di tukar ke nama MRSM Tun Ghafar Baba. Kira come-back untuk beliau la jugak kan.. Seronok dapat khidmat tour guide percuma nih!!! :D





to_do_list
1. meng'usha' bakal tempat kerja (checked)
2. cari iklan rumah kosong untuk disewa (dah dapat nombor tapi belum call)
3. mengenalpasti tempat-tempat untuk membeli barang dapur. (checked! macam2 ada.. tesco, giant, jusco, secret resepi, kedai runcit ah pek, ATM, a famosa, beca, bla.. bla.. bla.. awww... seronoknya!!!) *okeh, boleh survive!




ini rupanya Bandar Hilir. Kenapa bandar hilir? sebab bandar ni dok kat hilir sungai kata encik tour guide. entah betul entah tidak...




ini port wajib untuk dating nanti.
anak-anak nanti harus terer sejarah, wajib dapat A untuk subjek sejarah. hehe...

sudah lama kaki kanan saya mengimpikan tempat ini. ingatkan beso sangat la bangunan tu. normal je rupanya. Jakun sekejap.




Banyak lagi tempat menarik. Tapi save untuk masa akan datang. Gila tamak nak explore semua dalam masa satu petang. haha



anda nampak ada apa di belakang ituuu?? eye on Malaysia. Kalau belum berkesempatan silalah ke bandar Melaka.. bandaraya kami... *tak malu mengaku bandaraya sendiri. hahaha..



..silent mode..


gambar blur pun aku upload jugak!!! Seronok sekali skala melawat tempat bersejarah.



buat-buat pose penat... jom masuk dalam?!!




anda pernah bergambar di sini? saya dah... :D



aiyok... tak sempat...



pose terakhir sebelum balik. Encik tour guide... hantar saya balik ke Klang...



Saturday, August 8, 2009

KOnVOkEsYen ke-5




Sabtu lepas konvokesyen UTHM kali ke-8. Tapi ke-5 bagi saya. *Konvo sekolah menengah pun kira kan?? hehe...

Okey... enjoy the gambars... malas mau cerita panjang lebar...



officially sudah menjadi alumni UTHM *tepuk-tepuk untuk diri sendiri.



nak konvo musim H1N1 ni wajib pakai mask... lantak la diorang nak kata kami positive H1N1 ke... megatron ke... doktor gigi ke... yang penting.. safety first!!!




the graduate..



the graduate and the graduate's husband.



si saiz XL yang memakai jubah saiz S. hehe...




Seronot!!!



the graduate and the graduate's kawan (Puan Hanin).




Saya dan huda excited di apit si gadis2 yang belum konvo... sabar ya.. turn kamu akan datang juga nanti.




tgh sms mencari Ilun... rupanya sudah pulang ke rumah. sabar je laaa... tak apa laa... kalau ada rezki kita bergambar sama time konvo Ph.D... ada brani??? Okay.. kalau malas sambung belajar kita tangkap gambar sama2 time konvo anak-anak k... :D






Selingan...

saat-saat melepak bersama encik asben di penghujung konvo. tata...



video